Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 227

125
b) Menilai perkembangan sahsiah pelajar.
c) Membimbing pelajar menjalankan latihan.
6.2 Kriteria Penilaian Pelajar
Terdapat dua (2) aspek penilaian yang utama:
a) Penilaian prestasi kerja; dan
b) Penilaian perwatakan pelajar.
6.3 Kaedah Penilaian
Penilaian dilakukan secara berterusan dan melibatkan Penyelia Fakulti dan Penyelia
Syarikat. Jadual berikut menunjukkan butir-butir penilaian:
Peratusan
Penilai
Buku Log Pertama
10
Penyelia Fakulti
Buku Log Kedua
10
Penyelia Fakulti
Pembentangan dan Buku Log semasa
lawatan Penyelia Fakulti
20
Penyelia Fakulti
Penilaian pada Penghujung Latihan
40
Penyelia Syarikat
Laporan Akhir dan Buku Log Terakhir
20
Penyelia Fakulti
7. PENYEDIAAN DAN PENGHANTARAN BUKU-BUKU LOG
a) Setiap pelajar diwajibkan menyediakan Buku-Buku Log berikut untuk mencatat
segala aktiviti harian di organisasi/syarikat.
Kandungan
Tarikh Hantaran
Buku Log Pertama
Minggu 1 hingga 8
5.00 petang, Jumaat Minggu 9
Buku Log Kedua
Minggu 9 hingga 16
5.00 petang, Jumaat Minggu 17
Buku Log Terakhir
Semua minggu
Dalam masa dua minggu selepas
latihan tamat
Nota: Minggu di dalam jadual di atas merujuk kepada minggu Latihan Industri
seseorang pelajar dan bukan minggu semester.
b) Buku-Buku Log perlu disediakan mengikut templat yang diberikan di laman
sesawang Latihan Industri FSKTM.
8. PENYEDIAAN LAPORAN AKHIR
a) Laporan Akhir hendaklah disediakan mengikut format yang diberikan di laman
sesawang Latihan Industri FSKTM.
b) Rujuk kepada panduan menulis Laporan Akhir di laman sesawang Latihan Industri
FSKTM.
c) Laporan Akhir perlu disahkan oleh Penyelia Syarikat untuk memastikan kesahihan
maklumat sebelum penyerahan.
d) Cetakan Laporan Akhir hendaklah diserahkan kepada staf sokongan Latihan
Industri di Pejabat Am FSKTM dan kepada syarikat dalam masa dua (2) minggu
selepas Latihan Industri tamat.
1...,217,218,219,220,221,222,223,224,225,226 228,229,230,231,232,233,234,235,236-237,238-239,...272
Powered by FlippingBook