116
d) Memberi pengalaman kepada pelajar di dalam mempelajari teknik untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa bekerja dan menyumbang buah
fikiran yang baik kepada organisasi.
e) Membolehkan pelajar dan Universiti mendapat pendedahan kepada sistem dan
teknologi terkini yang digunakan oleh organisasi luar.
f) Memberi peluang kepada organisasi dan industri melatih serta mengenalpasti
potensi bakal graduan Universiti.
g) Mendapatkan maklum balas untuk peningkatan berterusan kualiti kursus-kursus
yang ditawarkan oleh Fakulti.
h) Memotivasikan pelajar untuk memperbaiki pencapaian akademik selepas
menjalani Latihan Industri.
5. PELAKSANAAN
5.1 Jawatankuasa Latihan Industri
Jawatankuasa Latihan Industri FSKTM dilantik oleh Dekan untuk satu tempoh tertentu.
Ia terdiri daripada Penyelaras Latihan Industri daripada setiap Jabatan atau Unit di
Fakulti. Seseorang Penyelaras Latihan Industri Jabatan adalah bertanggungjawab ke
atas Latihan Industri pelajar jabatannya. Jawatankuasa ini diketuai oleh Ketua
Penyelaras dan dibantu oleh seorang staf sokongan bagi hal-hal pengkeranian.
Tugas-tugas Jawatankuasa Latihan Industri ialah:
a) Merancang, melaksana dan menyelaras program Latihan Industri.
b) Menyediakan garis panduan dan maklumat yang berkaitan.
c) Menyelaraskan program Latihan Industri di Fakulti dengan
Centre for the Initiation
of Talent and Industrial Training
(CITra), Universiti Malaya.
d) Menentukan skop Latihan Industri sebagai panduan kepada para pelajar dan
majikan.
e) Mengenalpasti pelajar yang akan menjalani Latihan Industri dan memastikan
mereka mendaftar.
f) Memastikan syarat Latihan Industri di dalam kurikulum dipatuhi.
g) Memberi taklimat kepada pelajar yang akan menjalani Latihan Industri.
h) Mengenalpasti organisasi yang sesuai untuk penempatan pelajar.
i) Memastikan pelajar mendapatkan borang permohonan insurans, borang
pengesahan Latihan Industri, serta dokumen-dokumen berkaitan yang lain
daripada CITra.
j) Mengiklan, mempromosi dan menggalakkan pelajar menghadiri program
persediaan yang dikendalikan oleh CITra.
k) Menghantar dan memantau pelajar di organisasi/syarikat semasa menjalani
Latihan Industri.
l) Melantik pensyarah dari FSKTM sebagai Penyelia Fakulti untuk menyelia setiap
pelajar yang menjalani Latihan Industri.
m) Memantau kebajikan pelajar semasa menjalani Latihan Industri.
n) Membina dan mengemaskini kaedah penilaian.
o) Mengumpul, menyemak, menyelaras serta mengemukakan keputusan Latihan
Industri pelajar kepada Timbalan Dekan (Ijazah Dasar).
5.2 Waktu dan Tempoh Latihan Industri
Pelajar yang layak diwajibkan menjalani Latihan Industri pada Semester 1 Tahap 3,
selama 24 minggu.