121
5.8 Jadual Pelajar
5.8.1 Semasa Latihan Industri
Minggu
Tugas-tugas
1 - 2
Emelkan Borang Pengesahan kepada Penyelaras Latihan
Industri dan salinkan kepada staf sokongan yang menguruskan
Latihan Industri. Rujuk kepada laman sesawang Latihan Industri
FSKTM untuk mendapatkan nama dan emel bagi Penyelaras
Latihan Industri dan staf sokongan tersebut.
6
1. Menyemak nama Penyelia Fakulti yang telah ditetapkan
untuk pelajar di laman sesawang Latihan Industri FSKTM.
2. Mengingatkan Penyelia Syarikat untuk emelkan Rancangan
Tugas kepada Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf
sokongan, selewat-lewatnya pada Minggu 6.
1 - 8
Menyediakan Buku Log Pertama dengan mengisi log harian dan
ringkasan tugas-tugas mingguan. Buku Log perlu disahkan oleh
Penyelia Syarikat pada setiap minggu.
9
Emelkan imbasan Buku Log Pertama (yang merangkumi Minggu
1 hingga 8) kepada Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf
sokongan, selewat-lewatnya pada 5 petang, Jumaat Minggu 9.
10 - 11
Menerima maklum balas daripada Penyelia Fakulti bagi Buku
Log Pertama.
9 - 16
Menyediakan Buku Log Kedua dengan mengisi log harian dan
ringkasan tugas-tugas mingguan. Buku Log perlu disahkan oleh
Penyelia Syarikat pada setiap minggu.
17
Emelkan imbasan Buku Log Kedua (yang merangkumi Minggu 9
hingga 16) kepada Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf
sokongan, selewat-lewatnya pada 5 petang, Jumaat Minggu 17.
18 - 19
Menerima maklum balas daripada Penyelia Fakulti bagi Buku
Log Kedua.
21 - 24
1. Menghubungi Penyelia Fakulti untuk mengatur lawatan
beliau ke syarikat.
2. Mengadakan pembentangan berkenaan latihan industri yang
dilalui dan tunjukkan Buku Log semasa lawatan penyelia.
3. Memperkenalkan Penyelia Syarikat kepada Penyelia Fakulti.
Minggu
terakhir latihan
Mengingatkan Penyelia Syarikat untuk emel satu imbasan
Borang Pernilaian 2A yang telah diisi kepada Penyelia Fakulti
dan salinkan kepada staf sokongan. Markah yang diberikan di
dalam borang penilaian tersebut adalah sulit dan tidak boleh
didedahkan kepada pelajar.
5.8.2 Selepas Latihan Industri
Minggu
Tugas-tugas
Dalam masa
dua minggu
selepas latihan
tamat.
1. Menghantar cetakan Laporan Akhir dan cetakan Buku Log
Terakhir (yang merangkumi semua minggu) yang telah
disahkan oleh Penyelia Syarikat kepada staf sokongan di
Pejabat Am FSKTM.
2. Menghantar satu salinan Laporan Akhir kepada Penyelia
Syarikat.
3. Melengkapkan Borang Penilaian Diri Latihan Industri di
myum.um.edu.my