117
Dalam kes-kes tertentu, Fakulti boleh memperakukan pelajar untuk menjalani Latihan
Industri pada waktu-waktu selain daripada Semester 1 Tahap 3.
5.3 Kelayakan Pelajar
Latihan Industri adalah wajib untuk semua pelajar Sarjana Muda Sains Komputer dan
Sarjana Muda Teknologi Maklumat yang disenaraikan layak.
Pelajar-pelajar yang layak:
a) Telah mengambil semua kursus Teras Fakulti dan Teras Program (kecuali Projek
Akademik I dan Projek Akademik II).
b) Tidak dibenarkan mendaftar Latihan Industri bersama kursus yang lain di dalam
satu semester.
c) Tidak dibenarkan menangguh Latihan Industri ke semester terakhir tempoh
pengajian jika telah memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
5.4 Keperluan Organisasi/Syarikat
Sebagai langkah untuk memastikan organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan
Industri memberi latihan yang bersesuaian dengan bidang Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat, Fakulti telah menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi
oleh mana-mana organisasi/syarikat yang berminat, iaitu:
a) Organisasi/syarikat MESTI menawarkan spesifikasi kerja di dalam skop yang
dinyatakan di dalam Seksyen 5.5. Kerja-kerja dan tugas-tugas yang hanya
menjurus kepada penjualan, pengajaran, pentadbiran dan seumpamanya, adalah
TIDAK dibenarkan.
b) Organisasi/syarikat MESTI menawarkan waktu kerja dan suasana pejabat yang
formal sahaja.
Teleworking, virtual office
dan sebagainya, adalah TIDAK
dibenarkan. Pelajar diibenarkan untuk bekerja pada syif malam sekiranya ia adalah
arahan daripada syarikat dan ia mengikuti garis panduan keselamatan pekerja
syarikat tersebut.
c) Organisasi/syarikat TIDAK diwajibkan untuk menyediakan elaun atau saguhati
kepada pelajar tetapi amat digalakkan untuk berbuat demikian untuk membantu
pelajar menghadapi perbelanjaan sara hidup.
5.5 Skop Latihan
Organisasi/syarikat yang menawarkan Latihan Industri kepada pelajar MESTI
berupaya untuk melatih mereka di dalam aspek praktikal Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat. Skop kerja yang disyorkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada:
a) Menjadi ahli bagi satu projek pembangunan sistem: menjalankan kajian
kesesuaian, analisis, rekabentuk, implementasi, penyelenggaraan dan penilaian.
b) Melakukan penyelesaian masalah dan pengaturcaraan di dalam pembangunan
sistem pengurusan maklumat, capaian sesawang, kawalan rangkaian komputer,
dan penyelidikan serta pembangunan.
Di samping itu, organisasi/syarikat mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan
peluang bagi pelajar untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah mereka.