123
Nota:
1. Minggu di dalam jadual di atas merujuk kepada minggu Latihan Industri
seseorang pelajar dan bukan minggu semester.
2. Sekiranya Rancangan Tugas, Buku Log Pertama, Buku Log Kedua, Borang
Penilaian 2A tidak disalinkan kepada staf sokongan, sila hantarkan emel yang
berkenaan kepada staf sokongan untuk beliau merekodkan hantaran item-item
tersebut.
3. Semua borang-borang penilaian boleh dimuatturun daripada laman sesawang
Latihan Industri FSKTM.
5.11 Peranan Organisasi/Syarikat
a) Mengenalpasti jumlah pelajar yang diperlukan, pengkhususan, dan spesifikasi
kerja.
b) Nyatakan maklumat berikut di dalam surat tawaran untuk pelajar: tarikh mula dan
akhir Latihan Industri pelajar, tugas-tugas secara umumnya yang akan diberikan
kepada pelajar semasa latihan, dan jabatan di mana pelajar akan ditempatkan.
Tanpa maklumat-maklumat ini penempatan tersebut tidak akan diluluskan oleh
Fakulti.
c) Tempoh Latihan Industri untuk pelajar FSKTM adalah 24 minggu. Sekiranya
kurang daripada 24 minggu, pelajar tidak memenuhi keperluan program Latihan
Industri dan akan gagal Latihan Industrinya. Sila ambil perhatian bahawa 24
minggu tidak bersamaan dengan 6 bulan.
d) Melantik seorang pegawainya sebagai Penyelia Syarikat kepada pelajar sepanjang
tempoh Latihan Industri pelajar.
e) Menentukan skop latihan pelajar menurut cadangan Universiti.
f) Memberi pendedahan yang sesuai supaya pelajar mendapat pengalaman praktikal
yang berguna.
g) Menyediakan kemudahan yang berkaitan dengan tugas yang diberikan kepada
pelajar.
h) Mempertimbangkan pemberian elaun atau saguhati yang berpatutan kepada
pelajar yang menjalani Latihan Industri. Pemberian elaun atau saguhati tidak
diwajibkan tetapi amat digalakkan untuk membantu pelajar menghadapi
perbelanjaan sara hidup.
i) Memberi maklum balas kepada Penyelia Latihan Industri/Penyelia Fakulti
mengenai latihan yang telah diberikan.
5.12 Peranan Penyelia Organisasi/Syarikat
a) Menyelia pelajar sepanjang tempoh Latihan Industri.
b) Melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki mengikut jadual di Seksyen 5.13.
c) Menghubungi Penyelaras Latihan Industri/Penyelia Fakulti tentang sebarang
masalah atau isu yang berkaitan dengan Latihan Industri.
5.13 Jadual Penyelia Organisation/Syarikat
Minggu
Tugas-tugas
Sebelum
Latihan
Industri
1. Sekiranya organisasi/syarikat anda telah didaftarkan dengan
Centre for the Initiation of Talent and Industrial Training
(CITra),
ambil perhatian untuk emel-emel daripada sistem tentang
permohonan pelajar untuk menjalani Latihan Industri di
organisasi anda dan luluskan permohonan-permohonan yang
anda ingin terima.
2. Mengeluarkan surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang anda
ingin terima. Surat tawaran mesti menyatakan tarikh mula dan