Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 224

122
Nota: Minggu di dalam jadual-jadual di atas merujuk kepada minggu Latihan
Industri seseorang pelajar dan bukan minggu semester.
5.9 Peranan Penyelia Fakulti
a) Memastikan pelajar menjalani Latihan Industri selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
b) Membantu menyelesaikan masalah pelajar yang berkaitan dengan bidang tugas.
c) Mengaturkan sekurang-kurangnya satu lawatan ke organisasi/syarikat dalam
Minggu 21 hingga 24 latihan pelajar.
d) Melawat syarikat untuk memberi nasihat kepada pelajar, berjumpa dengan
Penyelia Syarikat, menilai kesesuaian syarikat bagi pelajar, dan membuat penilaian
ke atas pelajar.
e) Menilai pelajar secara berterusan mengikut jadual di Seksyen 5.10.
f) Mengagihkan dan mendapatkan kembali Borang Penilaian 2A daripada Penyelia
Syarikat.
g) Menyelaraskan pemarkahan serta menyerahkan markah dan semua borang-
borang penilaian kepada staf sokongan Latihan Industri.
h) Memberi saranan untuk memperbaiki program Latihan Industri yang akan datang.
i) Melaksanakan perkara-perkara yang dikehendaki mengikut jadual di Seksyen 5.10.
5.10 Jadual Penyelia Fakulti
Minggu
Tugas-tugas
6
1. Menerima surat lantikan penyeliaan daripada Penyelaras
Latihan Industri.
2. Menerima Rancangan Tugas daripada Penyelia Syarikat.
9
Menerima imbasan Buku Log Pertama (yang merangkumi
Minggu 1 hingga 8) daripada pelajar.
10 - 11
Menilai Buku Log Pertama dengan menggunakan Borang
Penilaian 1A (10%) dan emelkan maklum balas (dan bukan
Borang Penilaian 1A) kepada pelajar.
17
Menerima imbasan Buku Log Kedua (yang merangkumi Minggu
9 hingga 16) daripada pelajar.
18 - 19
Menilai Buku Log Kedua dengan menggunakan Borang Penilaian
1A (10%) dan emelkan maklum balas (dan bukan Borang
Penilaian 1A) kepada pelajar.
21 - 24
Melawat pelajar di syarikat yang berkenaan dan menilai pelajar
termasuk Buku Log dengan menggunakan Borang Penilaian 1B
(20%). Markah yang diberikan untuk Borang Penilaian 1B boleh
dimuktamadkan selepas balik daripada lawatan dan markah tidak
boleh didedahkan kepada pelajar atau organisasi/syarikat.
Dalam masa
dua minggu
selepas latihan
tamat.
1. Menerima imbasan Borang Penilaian 2A (40%) daripada
Penyelia Syarikat.
2. Menerima cetakan Laporan Akhir dan cetakan Buku Log
Terakhir (yang merangkumi semua minggu) daripada staf
sokongan Latihan Industri. Pelajar-pelajar akan menghantar
kedua-dua item ini kepada staf sokongan di Pejabat Am
FSKTM.
Dalam masa
dua minggu
selepas
penghantaran
Laporan Akhir.
1. Menilai Laporan Akhir dan Buku Log Terakhir bagi setiap
pelajar dengan menggunakan Borang Penilaian 1C (20%).
2. Menghantar kelima-lima borang penilaian kepada staf
sokongan tetapi menyimpan Laporan Akhir dan Buku Log
Terakhir.
1...,214,215,216,217,218,219,220,221,222,223 225,226,227,228,229,230,231,232,233,234,...272
Powered by FlippingBook