127
PROJEK AKADEMIK I DAN II
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIVERSITI MALAYA
1. Pengenalan
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) menawarkan Projek
Akademik I dan Projek Akademik II kepada pelajar-pelajar tahun akhir untuk
menghasilkan graduan berkualiti yang cemerlang dan kompeten secara akademik dalam
bidang Sains Komputer. Kursus-kursus ini adalah bertujuan untuk memanfaatkan
kemahiran teknikal dan insaniah pelajar. Para pelajar seharusnya dapat mempamerkan
kemahiran teknikal, penyelesaian masalah, pemikiran kritis dan membuat keputusan
yang baik. Senarai kurus-kursus adalah seperti berikut:
No.
Tajuk
Kursus
Kod Kursus
Program
Kredit Semester
1.
Projek
Akademik I
WIA3002 * Sarjana Muda Sains Komputer
3
Semester II
Tahun 3
WIB3002 * Sarjana Muda Teknologi Maklumat
2.
Projek
Akademik II
WIA3003
#
Sarjana Muda Sains Komputer
5
Semester I
Tahun 4
WIB3003
#
Sarjana Muda Teknologi Maklumat
* Lulus semua Kursus Teras Fakulti dan Teras Program kecuali Latihan Industri dan Projek
Akademik II.
# Pra-syarat:
Sarjana Muda Sains Komputer - WIA3002
Sarjana Muda Teknologi Maklumat - WIB3002
2. Hasil Pembelajaran Kursus
No. Tajuk Kursus
Hasil Pembelajaran Kursus
1.
Projek
Akademik I
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Menyatakan latar belakang masalah.
2. Mengenalpasti pendekatan untuk penyelesaian yang sesuai
dengan masalah yang dinyatakan.
3. Membuat kajian literasi yang berkaitan dengan masalah
yang dinyatakan.
4. Melaksanakan teknik-teknik pengumpulan data yang
sesuai.
5. Menulis kertas cadangan projek.
2.
Projek
Akademik II
Pada akhir kursus, pelajar dapat:
1. Membincangkan kitar hayat pembangunan perisian untuk
pelaksanaan projek.
2. Membangunkan sistem berdasarkan masalah yang telah
dikenalpasti.
3. Menulis laporan projek akademik berdasarkan projek yang
dilaksanakan.
4. Mengujikaji produk yang dibangunkan.