Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 233

129
4. Carta Alir Projek Akademik I
Rajah 1 mewakili proses-proses bagi Projek Akademik I. Proses-proses tersebut
melibatkan pelajar, penyelia dan panel.
5. Carta Alir Projek Akademik II
Rajah 2 mewakili proses-proses bagi Projek Akademik II. Proses-proses tersebut
melibatkan pelajar, penyelia dan panel.
6. Penyediaan Laporan Projek Akademik I
Setiap pelajar perlu menyediakan laporan bagi Projek Akademik I. Laporan tersebut
perlu mengandungi maklumat yang berikut:
Bahagian
Keterangan
Halaman tajuk
Tajuk perlu menggambarkan projek. Tajuk perlu tepat dan
ditulis dengan baik yang dapat memberikan gambaran
secara am projek yang dibuat.
Abstrak
Abstrak bagi projek perlu mengandungi objektif, kaedah,
hasil kajian dan perbincangan. Ia tidak boleh melebihi 300
patah perkataan.
Pengenalan
Di dalam pengenalan, pelajar perlu memperkenalkan subjek
bagi projek termasuklah masalah-masalah yang terlibat dan
kajian sedia ada/semasa. Ia juga perlu memberikan
gambaran bagi struktur laporan.
Kandungan badan
laporan
Di dalam bahagian badan laporan, pelajar perlu
membincangkan yang berikut:
i. Objektif projek
ii. Kajian literasi
iii.
Penyataan
masalah
iv. Metodologi kajian
v. Hasil kajian dan perbincangan
vi. Sumbangan
vii. Penghargaan
Kesimpulan
Merupakan rumusan bagi perkara-perkara penting projek
dan sebarang jurang perbezaan yang boleh diselesaikan.
Rujukan
Maklumat lengkap sumber-sumber bahan penerbitan yang
dirujuk atau dipetik di dalam teks (termasuklah nota
syarahan dan alamat URL laman web yang digunakan).
Berikan rujukan terkini (5 tahun terdahulu). Gunakan
gaya
rujukan APA.
1...,223,224,225,226,227,228,229,230,231,232 234,235,236-237,238-239,240,241,242-243,244-245,246-247,248-249,...272
Powered by FlippingBook