124
akhir Latihan Industri pelajar, tugas-tugas secara umumnya
yang akan diberikan kepada pelajar semasa latihan, dan
jabatan di mana pelajar akan ditempatkan. Tanpa maklumat-
maklumat ini penempatan tersebut tidak akan diluluskan oleh
Fakulti.
1 - 2
Menandatangani Borang Pengesahan yang diberikan kepada anda
oleh pelajar.
6
Emelkan kepada penyelia pelajar dari Fakulti dan salinkan kepada
staf sokongan Latihan Industri, Rancangan Tugas yang akan
diberikan kepada pelajar untuk sepanjang tempoh latihan industri.
Rujuk kepada laman sesawang Latihan Industri FSKTM atau
pelajar, untuk dapatkan templat bagi Rancangan Tugas, nama dan
emel penyelia dari Fakulti yang telah ditetapkan untuk pelajar, dan
nama dan emel staf sokongan Latihan Industri.
1 - 8
Mengesahkan Buku Log pelajar pada setiap minggu. Pelajar perlu
emel imbasan Buku Log Pertama (yang merangkumi Minggu 1
hingga 8) kepada Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf
sokongan pada Minggu 9.
9 - 16
Mengesahkan Buku Log pelajar pada setiap minggu. Pelajar perlu
emel imbasan Buku Log Kedua (yang merangkumi Minggu 9
hingga 16) kepada Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf
sokongan pada Minggu 17.
17 - 24
Mengesahkan Buku Log pelajar pada setiap minggu. Pelajar perlu
menghantar cetakan Buku Log Terakhir (yang merangkumi semua
minggu) bersama-sama dengan cetakan Laporan Akhir kepada staf
sokongan di Pejabat Am FSKTM dalam masa dua minggu selepas
latihan tamat.
21 - 24
Memperuntukkan masa untuk berjumpa dengan Penyelia Fakulti
semasa beliau melawat pelajar di syarikat.
Dalam masa
dua minggu
selepas latihan
tamat.
1. Melengkapkan Borang Penilaian 2A (40%) untuk menilai
prestasi pelajar dan emelkan imbasan borang tersebut kepada
Penyelia Fakulti dan salinkan kepada staf sokongan. Markah
yang diberikan di dalam borang penilaian tersebut adalah sulit
dan tidak boleh didedahkan kepada pelajar.
2. Mengesahkan Laporan Akhir dan Buku Log Terakhir yang
disediakan oleh pelajar untuk dihantar kepada Fakulti.
3. Menerima satu salinan Laporan Akhir daripada pelajar.
4. Melengkapkan Soal Selidik Latihan Industri atas talian.
Nota: Minggu di dalam jadual di atas merujuk kepada minggu Latihan Industri
seseorang pelajar dan bukan minggu semester.
5.14 Proses Penempatan Pelajar
Rujuk garis panduan terkini yang disediakan oleh CITra dan Seksyen 5.7.
6. PENILAIAN
6.1 Tujuan Penilaian
Tujuan penilaian ialah untuk:
a) Mengukur prestasi kerja/latihan dan mutu kerja pelajar.