131
8. Penilaian
Penilaian Berterusan: 100%
No.
Tajuk
Kursus
Komponen Penilaian
Pemberatan
Penilai
1.
Projek
Akademik I
Viva oleh Panel
60%
Panel yang dilantik
Laporan
40%
Penyelia
Jumlah 100%
2.
Projek
Akademik II
Viva oleh Panel
60%
Panel yang dilantik
Laporan
40%
Penyelia
Jumlah 100%
# Penting:
1) Sekiranya pelajar gagal menghadiri, atau gagal dalam sesi pembentangan dan
viva, atau gagal menyerahkan laporan, pelajar akan dianggap GAGAL dalam
Projek Akademik.
2) Pelajar MESTI menyerahkan draf laporan sebelum viva.
Gred
Rujuk Skim Penggredan Universiti.
9.
Plagiarisme
Sebagai pelajar yang berdaftar dengan Universiti Malaya, adalah dijangka pelajar
tersebut akan menghasilkan kerja-kerja yang asli. Mana-mana pelajar yang dikenalpasti
menciplak laporannya yang mana merupakan sebahagian daripada penilaian bagi projek
akademik akan dikenakan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti Malaya (Disiplin
Pelajar) 1999.
10. Anugerah Projek Akademik Cemerlang (APAC)
Anugerah Projek Akademik Cemerlang (APAC) diperkenalkan pada 2012 untuk
menggalakkan para pelajar menghasilkan projek-projek yang cemerlang. Ia merupakan
acara tahunan bagi memilih projek akademik terbaik bagi setiap jabatan/program.
Objektif-objektif APAC adalah:
Mengemudi semangat saling bersaing di kalangan pelajar untuk menghasilkan
sistem yang baik/berkualiti.
Mengiktiraf usaha-usaha para pelajar dalam merekabentuk dan membangunkan
sistem yang baik.
Mengenalpasti projek-projek yang baik sebagai rujukan pelajar-pelajar lain dan
juga untuk penyertaan di dalam pertandingan-pertandingan.
Mempromosikan projek yang baik untuk pertandingan, pameran dan harta intelek
(IP)
Acara ini dijalankan di dalam Minggu ke-14 Semester 1 pada setiap sesi.