128
3. Peranan dan Tanggungjawab
Pelajar
Mendaftar kursus.
Menghadiri taklimat Projek Akademik oleh Koordinator (Minggu 1).
Mengesahkan tajuk projek dalam sistem e-ilmiah (Minggu 2).
Menghadiri perbincangan berkenaan projek secara berkala dengan penyelia
(kehadiran akan direkodkan).
Menghadiri sesi pemantauan (
Di dalam Minggu 8-9).
Menyerahkan laporan draf sebelum sesi Viva (Minggu 13).
Menyerahkan laporan akhir kepada pejabat fakulti (Minggu 14).
Penyelia
Memasukkan tajuk-tajuk projek dalam sistem e-ilmiah.
Menetapkan pelajar kepada projek dalam sistem e-ilmiah.
Menyelia dan melatih pelajar untuk melaksanakan projek.
Mengadakan perjumpaan secara berkala dengan pelajar bagi membincangkan hal-
hal berkaitan projek (kehadiran pelajar perlu direkodkan).
Menilai laporan pelajar.
Memasukkan markah pelajar dalam sistem e-ilmiah.
Panel Viva
Menghadiri sesi pemantauan pelajar bagi Projek Akademik I dan Projek Akademik
II.
Menghadiri sesi viva pelajar bagi Projek Akademik I dan Projek Akademik II.
Menilai pelajar dari segi kemahiran insaniah, teknikal dan demonstrasi produk.
Memasukkan markah pelajar dalam sistem e-ilmiah.
Koordinator Jabatan
Menguruskan proses-proses yang terlibat bagi Projek Akademik I dan Projek Akademik
II seperti berikut:
(i) Meluluskan tajuk-tajuk projek dari penyelia projek dalam sistem e-ilmiah.
(ii) Menetapkan panel-panel yang terlibat dengan sesi viva dalam sistem e-ilmiah.
(iii) Mengendalikan jadual viva.
(iv) Memaklumkan para panel, penyelia dan pelajar jadual viva dalam sistem e-ilmiah.
(v) Menjana laporan markah viva pelajar bagi Projek Akademik I dalam sistem e-
ilmiah.
(vi) Menyerahkan laporan markah viva pelajar bagi Projek Akademik I kepada
Penyelaras Latihan Ilmiah.
(vii) Memasukkan markah Projek Akademik II dalam Integrated Student Information
System (ISIS) Universiti Malaya (UM).