Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 234

130
7. Penyediaan Laporan Projek Akademik II
Setiap pelajar perlu menyediakan laporan bagi Projek Akademik II. Laporan tersebut
perlu mengandungi maklumat yang berikut:
Bahagian
Keterangan
Halaman tajuk
Tajuk perlu menggambarkan projek. Tajuk perlu tepat dan
ditulis dengan baik yang dapat memberikan gambaran
secara am projek yang dibuat.
Abstrak
Abstrak laporan termasuklah ciri-ciri penting projek,
keputusan dan kesimpulan. Ia tidak boleh melebihi satu (1)
halaman.
Isi kandungan
Nomborkan dan senaraikan semua tajuk bahagian dan sub-
bahagian dan nombor muka surat.
Pengenalan
Nyatakan objektif, masalah, metodologi, pelaksanaan,
keputusan dan perbincangan.
Kandungan badan
laporan
Dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang dinomborkan
dan bertajuk seperti berikut:
1. Rekabentuk sistem.
2. Implementasi/maklumat terperinci eksperimen.
3. Keputusan dan perbincangan.
4. Kekuatan dan kekurangan.
Kesimpulan
Rumusan pendek dan logikal bagi projek yang dilaporkan.
Rujukan
Maklumat lengkap sumber-sumber bahan penerbitan yang
dirujuk atau dipetik di dalam teks (termasuklah nota
syarahan dan alamat URL laman web yang digunakan).
Berikan rujukan terkini (5 tahun terdahulu). Gunakan
gaya
rujukan APA.
Penghargaan
Senarai individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung di dalam projek.
Apendiks (sekiranya
perlu)
Sebarang bahan-bahan lanjutan yang diperlukan untuk
pemahaman menyeluruh laporan (contoh: diagram, kod
komputer, data mentah, spesifikasi) tetapi tidak diperlukan
bagi pembaca kasual.
1...,224,225,226,227,228,229,230,231,232,233 235,236-237,238-239,240,241,242-243,244-245,246-247,248-249,250-251,...272
Powered by FlippingBook