Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 220

118
5.6 Peranan Pelajar
a) Mengenalpasti dan memohon terus kepada organisasi/syarikat yang bersesuaian
bagi mendapatkan tempat Latihan Industri satu semester sebelum program Latihan
Industri untuk penempatan tempatan, dan sekurang-kurangnya dua semester
sebelum program Latihan Industri untuk penempatan luar negara. Rujuk kepada
Seksyen 5.7.
b) Tidak menjalani Latihan Industri di organisasi/syarikat di mana mungkin terdapat
konflik kepentingan, sebagai contohnya, di organisasi/syarikat yang dimiliki oleh
keluarga sendiri atau saudara, organisasi/syarikat di mana pelajar pernah bekerja
atau sedang bekerja, dan sebagainya.
c) Pelajar FSKTM tidak dibenarkan untuk menjalani Latihan Industri di Universiti
Malaya termasuk syarikat
spin-off
, kecuali untuk kes-kes tertentu yang diluluskan.
d) Mendapatkan nasihat daripada Penyelaras Latihan Industri jika tidak pasti tentang
kesesuaian sesebuah organisasi/syarikat.
e) Memaklumkan kepada Penyelaras Latihan Industri jika gagal mendapat tempat
latihan untuk Latihan Industri dan bersedia untuk menerima tempat latihan yang
ditentukan oleh Penyelaras Latihan Industri.
f) Menghadiri taklimat mengenai Latihan Industri.
g) Digalakkan menghadiri satu bengkel dan satu ceramah korporat anjuran CITra,
sebelum Latihan Industri.
h) Memilih SATU tempat Latihan Industri sahaja.
i) Emel surat tawaran kepada Penyelaras Latihan Industri untuk mendapatkan
kelulusan bagi penempatan sebelum memulakan latihan. Surat tawaran mesti
menyatakan tarikh mula dan akhir Latihan Industri pelajar, tugas-tugas secara
umumnya yang akan diberikan kepada pelajar semasa latihan, dan jabatan di
mana pelajar akan ditempatkan. Tanpa maklumat-maklumat ini penempatan
tersebut tidak akan diluluskan oleh Penyelaras Latihan Industri.
j) Pelajar dan bukannya Penyelaras Latihan Industri adalah bertanggungjawab untuk
memastikan bahawa tempoh Latihan Industri pelajar adalah sekurang-kurangnya
24 minggu. Sekiranya kurang daripada 24 minggu, pelajar tidak memenuhi
keperluan program Latihan Industri dan akan gagal Latihan Industrinya.
k) Mendaftar atas talian dan menghantar kesemua dokumen yang diperlukan kepada
Fakulti dan/atau CITra.
l) Mendapatkan kebenaran bertulis daripada Fakulti untuk menarik diri daripada
program Latihan Industri atau untuk menukar lokasi penempatan atau untuk
menolak satu tawaran yang telah diterima sebelum ini.
m) Mematuhi keperluan latihan yang dijalani.
n) Melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh organisasi/syarikat di
bawah penyeliaan seorang atau lebih seorang Penyelia Syarikat.
o) Mematuhi segala peraturan organisasi/syarikat selagi tidak bercanggah dengan
peraturan Universiti.
p) Sentiasa bersikap positif serta memberi sumbangan yang terbaik dalam
menjalankan tugas-tugas yang diberikan.
q) Menjalani Latihan Industri secara etika dan profesional, dan menjaga nama baik
Universiti pada setiap masa.
r) Menghubungi dan memaklumkan Penyelaras Latihan Industri/Penyelia Fakulti
dengan segera sekiranya menghadapi sebarang masalah.
s) Mencatatkan semua aktiviti yang telah dilaksanakan di dalam Buku-buku Log and
emelkan kepada Penyelia Fakulti mengikut jadual di Seksyen 5.8.
t) Menulis Laporan Akhir Latihan Industri dan melaksanakan tugas lain yang
diarahkan.
u) Menghubungi Penyelia Fakulti yang dilantik untuk membuat aturan bagi penyelia
melawat pelajar di organisasi/syarikat di mana pelajar menjalani Latihan
1...,208-209,210-211,212,213,214,215,216,217,218,219 221,222,223,224,225,226,227,228,229,230,...272
Powered by FlippingBook