Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 217

115
LATIHAN INDUSTRI
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIVERSITI MALAYA
1. PENGENALAN
Latihan Industri merupakan satu program latihan yang wajib untuk pelajar Sarjana
Muda Sains Komputer dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Fakulti Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaya. Tujuan latihan ini
adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai operasi dan aktiviti
sebenar di tempat kerja.
Melalui Latihan Industri, pelajar akan dapat melihat bagaimana konsep-konsep Sains
Komputer dan Teknologi Maklumat yang dipelajari di Universiti boleh dipraktikkan di
dalam proses pembangunan dan pengurusan harian sesebuah organisasi. Ia juga
akan mempertingkatkan dan menambahbaik kemahiran yang diperlukan oleh pelajar
melalui bimbingan profesional dari industri dan Universiti. Sehubungan dengan itu,
Latihan Industri memainkan peranan sebagai titik persediaan yang membolehkan
seseorang pelajar itu mencebur diri di dalam sesuatu profesion yang berkaitan dengan
bidang pengajiannya.
Panduan ini dihasilkan dengan tujuan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada
Jawatankuasa Latihan Industri, organisasi/syarikat, Penyelia Syarikat, Penyelia Fakulti
dan pelajar. Ianya menyediakan garis panduan berkaitan dengan fungsi atau peranan
yang perlu dimainkan oleh kesemua pihak yang terlibat dengan Latihan Industri; skop
latihan yang diperlukan serta cara penilaian yang dilaksanakan.
2. DEFINISI LATIHAN INDUSTRI
Latihan Industri ialah latihan yang dilalui oleh pelajar di sesebuah organisasi/syarikat
yang berkaitan dengan bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat untuk satu
jangkamasa yang ditetapkan untuk mendapat pengalaman sebenar dengan
mempraktikkan apa yang dipelajari di Universiti.
3. MATLAMAT LATIHAN INDUSTRI
Matlamat Latihan Industri ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di
organisasi/syarikat yang berkaitan selaras dengan hasrat Fakulti untuk melahirkan
graduan yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bagi memenuhi keperluan
semasa negara.
4. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI
a) Membentuk pelajar menjadi graduan cemerlang yang sentiasa berfikiran terbuka,
berinovasi, bijak berkomunikasi dan berdaya-saing.
b) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar proses pengoperasian,
pembangunan dan pengurusan di tempat kerja.
c) Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri sebagai ahli di dalam menyiapkan
sesuatu tugas atau projek pembangunan.
1...,202-203,204-205,206-207,208-209,210-211,212,213,214,215,216 218,219,220,221,222,223,224,225,226,227,...272
Powered by FlippingBook