57
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan antara pelbagai peringkat
pengujian dan jenis pengujian.
2. Menjelaskan pendekatan pengujian dalam
pembangunan perisian.
3. Mengaplikasikan teknik-teknik rekabentuk
pengujian pendekatan statik dan dinamik di
dalam proses pengujian.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini direkabentuk untuk menyediakan secara
mendalam pengetahuan tentang pengujian perisian
dan proses di dalamnya. Kursus ini merangkumi
prinsip asas pengujian perisian dan aktiviti pengujian
yang termasuk perancangan pengujian, rekabentuk
pengujian, kawalan, implementasi, dan penutupan
pengujian. Pelajar akan juga mempelajari pelbagai
kategori teknik rekabentuk pengujian dan kaedah
yang digunakan di dalam pengujian kotak hitam dan
kotak putih. Pada akhir kursus, pelajar akan
berupaya mengenalpasti pelbagai jenis dan tahap
pengujian termasuk mengkategori dan mengaplikasi
proses dan teknik pengujian perisian.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF3002
PROSES DAN KUALITI PERISIAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mentakrifkan konsep-konsep asas kualiti
perisian, proses perisian dan penambahbaikan
proses perisian.
2. Menjelaskan komponen dan aktiviti yang terlibat
dalam Jaminan Kualiti Perisian.
3. Mengaplikasi
pelbagai
metodologi
pembangunan perisian sedia ada.
4. Menganalisa
pelbagai
model-model
penambahbaikan proses perisian dan piawaian
pengurusan kualiti.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi kualiti perisian, proses
perisian dan penambahbaikan proses perisian. Ia
memperkenalkan jaminan kualiti perisian dan
kepentingan proses yang berkualiti. Pelbagai
metodologi-metodologi pembangunan sedia ada
turut dikaji. Bahagian seterusnya bagi kursus ini
membincangkan penambahbaikan proses perisian.
Pelbagai
model-model
yang
menyokong
penambahbaikan proses perisian dibentangkan dan
ini termasuk CMMI, ISO9000, SPICE, PSP dan TSP.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF3003
PENGATURCARAAN SERENTAK
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIX1002 Asas-Asas Pengaturcaraan
WIA2004 Sistem Pengendalian
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep pemprosesan serentak.
2. Mengenal pasti kaedah untuk melaksanakan
pemprosesan serentak.
3. Mengkelaskan sistem yang memerlukan
pelaksanaan proses serentak.
4. Menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
sistem serentak.
Sinopsis Kandungan Kursus
Pengaturcaraan serentak memainkan peranan yang
penting dalam sistem di mana banyak acara
kelihatan berlaku pada masa yang sama. Kursus ini
bertujuan untuk memberi pengenalan kepada
masalah biasa untuk sistem serentak seperti sistem
operasi, sistem teragih dan sistem masa nyata, dan
pengetahuan
praktikal
tentang
konstruk
pengaturcaraan dan teknik moden yang ditawarkan
oleh bahasa pengaturcaraan serentak.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF3004
SENIBINA PERISIAN DAN PARADIGMA
REKABENTUK
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIA2002 Pemodelan Perisian
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Membezakan
kaedah
rekabentuk
berorientasikan fungsi, berorientasikan objek,
dan berpusatkan struktur data.
2. Menggunakan prinsip-prinsip rekabentuk dalam
menghasilkan rekabentuk perisian.
3. Menganalisa senibina perisian.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi rekabentuk terperinci dan
rekabentuk senibina sistem perisian. Ini
termasuklah isu-isu dan prinsip-prinsip rekabentuk;
kaedah-kaedah rekabentuk yang berlainan seperti
rekabentuk berorientasikan fungsi, rekabentuk
berorientasikan
objek
(penekanan
kepada
gambarajah ‘deployment’), rekabentuk berpusatkan
struktur data; rekabentuk senibina; struktur dan
pandangan senibina; atribut kualiti; taktik untuk
mencapai atribut kualiti; stail/corak senibina (seperti