53
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3004
CAPAIAN MAKLUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mentakrif bagaimana Web diorganisasi dan
sifat-sifat Web yang asas.
2. Menjelaskan
bagaimana
enjin
carian
mengumpul kandungan Web,mengindeks
dan mencapai hasil yang paling relevan
untuk kueri/pertanyaan yang diberikan.
3. Membincangkan arah penyelidikan baru dalam
bidang Capaian Maklumat Web dan ciri-ciri
baru yang sedang dibangunkan oleh enjin
carian komersil hari ini.
Sinopsis Kandungan Kursus
Objektif kursus ini adalah untuk mengkaji prinsip-
prinsip sains komputer utama sebalik enjin carian.
Untuk tujuan ini, kami akan memberi pengenalan
kepada capaian maklumat (IR), yang disifatkan
sebagai 'sains pencarian maklumat dalam
dokumen, mencari dokumen itu sendiri, mencari
metadata yang menggambarkan dokumen atau
mencari dalam pangkalan data, sama ada
hubungan bersendirian atau rangkaian hyperteks
seperti World Wide Web (WWW).
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3005
PENGURUSAN DAN KEJURUTERAAN
PENGETAHUAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep-konsep Pengurusan
dan Kejuruteraan Pengetahuan (PKP).
2. Menerangkan
pendekatan-pendekatan
teknologi terhadap PKP.
3. Menggunakan pelbagai peralatan dan kaedah
untuk PKP.
4. Menggunakan
pengetahuan
kerja
dan
kemahiran-kemahiran
untuk
merancang,
menilai, membangunkan dan melaksanakan
projek
pengurusan
pengetahuan.
Perkhidmatan dalam perniagaan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Modul-modul dalam kursus ini termasuk (a)
Pengenalan kepada konsep-konsep Pengurusan
dan Kejuruteraan Pengetahuan; (b) Ciri-ciri
pengetahuan dan perbezaannya daripada data dan
maklumat; (c) Teknik-teknik dalam PKP; menawan,
mengekod dan mengukur pengetahuan; (d)
Pendekatan teknologi terhadap pengetahuan; (e)
Konsep-konsep
Ontologi,
Taksonomi
dan
peralatan-peralatan pembangunan pengetahuan;
(f)
Membangunkan
sistem
pengurusan
pengetahuan, menilai keperluan pengetahuan
dalam organisasi; (g) Kajian kes mengenai PKP
di dalam organisasi.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3006
PENGAUDITAN SISTEM MAKLUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan
Minimum
Kursus:
WIE3003 - Kawalan dan Keselamatan Sistem
Maklumat
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan peranan Juruaudit IS, fungsi audit
IS dan tujuan kawalan dalam persekitaran IS.
2. Mengenal pasti proses pengauditan yang
berkesan dan alat-alat untuk sistem maklumat.
3. Membincangkan teori asas dan model dalam
keselamatan maklumat untuk mengurangkan
risiko, tatacara yang berkesan untuk organisasi
untuk
mengawal
isu-isu
keselamatan
maklumat.
4.
Menggunakan kerja, prosedur dan kawalan
yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah
semasa yang dihadapi oleh organisasi bagi
tujuan pengauditan berkesan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memberi pendedahan umum dan
praktikal terhadap audit sistem maklumat dan
konsep kawalan dan amalan pengurusan. Kursus
ini memberi penekanan kepada tujuan dan nilai
audit IS dalam senario perniagaan semasa, kesan
ke atas proses kawalan dan prosedur audit dalam
teknologi semasa dan kemajuan teknologi baru.
Apabila tamat kursus ini, pelajar akan dapat
membincangkan dan menjalankan audit asas
sistem maklumat.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%