Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 109

63
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini dimulai dengan pengenalan kepada
teknologi realiti maya, dan aplikasi-aplikasinya. Ini
diikuti dengan penerangan mengenai peranti input
dan output yang digunakan dalam aplikasi realiti
maya. Pelajar juga akan mempelajari tentang
sistem deria manusia (visual, audio, dan sentuh)
and hubungkait mereka dengan pembangunan
peranti-peranti realiti maya, juga kesan peranti-
peranti ini ke atas kesihatan manusia. Pelajar
kemudiannya akan dilatih bagaimana untuk
memodelkan dunia realiti maya, dan berinteraksi
dengannya menggunakan bahasa pengaturcaraan
dunia maya
seperti
Virtual Reality Modelling
Language
dan alatan pembangunan realiti maya
yang lain. Kursus ini diakhiri dengan memberikan
pelajar pengetahuan asas tentang visualisasi data,
suatu bidang kajian yang berkait rapat dengan
realiti maya.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIG3005
PEMBANGUNAN PERMAINAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan prinsip-prinsip asas dalam
permainan komputer, jenis-jenis permainan,
fasa pembangunan permainan dan faktor yang
diam
bi
lkira dalam rekabentuk.
2. Membangunkan satu permainan komputer
dengan mengambilkira jenis permainan yang
dipilih.
3. Menerangkan pengesanan pelanggaran dalam
pengaturcaraan permainan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini menerangkan kepada pembangunan
permainan komputer bermula
dardara
ipada
pembangunan konsep hingga pembangunan
prototaip permainan yang berfungsi. Kedua-dua
aspek estatik dan teknikal dalam pembangunan
permainan akan diterangkan. Aspek estatik
merangkumi pembangunan cerita dan karakter,
mekanik permainan, ’game play’ dan rekabentuk
antaramuka dan kandungan bagi permainan. Aspek
teknikal akan menumpukan kepada alatan
pengaturcaraan dan konsep untuk permainan, ini
termasuklah struktur data dan algoritma, grafik
komputer,
interaksi
manusia-komputer,
pengaturcaraan ’shader’ dan AI. Topik-topik lain
termasuklah
berkaitan
pengurusan
projek,
pembangunan prototaip dan pengujian permainan.
Pelajar akan bekerja sebagai satu pasukan akan
membangunkan permainan bermula daripada idea
hinggalah penghasilan prototaip yang berfungsi.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIG3006
PEMPROSESAN VIDEO DIGITAL
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan teknik-teknik pemprosesan video
digital secara khusus.
2. Membezakan penggunaan teknik pemprosesan
video digital di dalam pelbagai aplikasi
multimedia.
3. Menggunakan
aplikasi
tertentu
untuk
melaksanakan teknik pemprosesan video
digital.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi topik-topik dalam
pemprosesan video digital seperti berikut:
perwakilan video digital, persampelan ‘spatial’ dan
‘temporal’, teknik-teknik ramalan pergerakan dua
dan tiga dimensi, teknik-teknik pengkodan video,
pemprosesan video stereo dan ’multiview’, kaedah
dan piawai pemampatan video, dan kawalan ralat
dalam komunikasi video.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIG3007
TOPIK-TOPIK KHAS DALAM MULTIMEDIA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti topik semasa dan khusus dalam
bidang sains multimedia.
2. Menghuraikan teknologi yang berkaitan dengan
sains multimedia.
3. Mengaplikasikan teknologi baru yang berkaitan
reka bentuk aplikasi multimedia.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini berfungsi sebagai platform untuk
menyampaikan topik khusus dalam multimedia
yang ditawarkan oleh pensyarah yang berminat dan
profesional. Kursus ini boleh dijalankan di mana-
mana semester bergantung kepada adanya
pengajar yang berminat dan permintaan daripada
pelajar.
Formatted:
Left, Widow/Orphan control
1...,99,100,101,102,103,104,105,106,107,108 110,111,112-113,114-115,116-117,118-119,120-121,122-123,124-125,126-127,...272
Powered by FlippingBook