56
WIF2001
INTERAKSI INSANI KOMPUTER
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan bagaimana faktor insani dan
model kognitif mempengaruhi aspek-aspek
rekabentuk antaramuka.
2. Mengaplikasikan
prinsip
rekabentuk,
garispanduan, corak dan elemen rekabentuk
visual kepada rekabentuk antaramuka.
3. Menilai sistem interaktif (laman sesawang,
aplikasi kembara atau permainan), dengan
penerapan
kukuh
kepada
rekabentuk
berpusatkan-pengguna.
4. Menggunakan
peralatan
pembinaan
antaramuka terpilih kepada perlaksanaan
sistem interaktif.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi faktor insani dan juga kaedah
teknikal bagi rekabentuk dan penilaian sistem
interaktif, dibahagikan kepada empat topik utama:
pengenalan HCI; prinsip utama rekabentuk interaksi;
proses pembanguan antaramuka; dan rekabentuk
antaramuka dan pengaturcaraan. Pengenalan HCI
memperkenalkan insani, komputer dan interaksi;
antaramuka pengguna; kebolehgunaan dan
pengalaman pengguna (UX). Prinsip utama
rekabentuk interaksi mengandungi topik
Psychology
of everyday actions
,
Knowledge in the head
and in
the world
,
Knowing what to do
,
understanding and
designing for error
. Proses pembangunan
antaramuka mengandungi topik rekabentuk iteratif,
rekabentuk berpusatkan-pengguna, penemuan
rekabentuk, penerokaan rekabentuk dan penilaian
antramuka pengguna. Rekabentuk antaramuka dan
pengaturcaraan mengandungi topik rekabentuk
maklumat visual, rekabentuk borang-borang, corak
rekabentuk antaramuka, peralatan prototaip dan
pembinaan dan isu
responsive
. Tiga jenis aplikasi
digunakan:
Graphical User Interfaces, The Web and
Mobile Devices.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF2002
KEJURUTERAAN KEPERLUAN PERISIAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan isu-isu dalam kejuruteraan
keperluan perisian.
2. Menyediakan artifaks keperluan berdasarkan
piawai yang disahkan.
3. Mengaplikasikan teknik-teknik dan metod-metod
yang sesuai untuk mengumpulkan dan
menganalisis keperluan perisian.
4. Menggunakan model dan peralatan yang sesuai
untuk pengurusan dan pengesahan keperluan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi asas-asas kejuruteraan
perisian; artifaks keperluan yang penting dihurai dan
dibincangkan. Aktiviti-aktiviti utama kejuruteraan
keperluan yang termasuk elisitasi, spesifikasi,
dokumentasi,
rundingan,
pengesahan
dan
pengurusan dibincangkan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF2003
PENGATURCARAAN WEB
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan protokol, bahasa, teknik, dan
alat-alat yang berbeza untuk pengaturcaraan
Web.
2. Mengaplikasikan konsep dan fungsi seni bina
pelanggan-pelayan bagi Web.
3. Menganalisa berbagai isu kualiti yang berkaitan
dengan aplikasi berasaskan Web.
4. Membina laman Web interaktif dengan
mengambil-kira isu-isu berkaitan kualiti.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi isu-isu teori dan teknikal
pembangunan Web. Isu-isu teori termasuk konsep
Web, seni bina pelanggan-pelayan, dan sifat-sifat
kualiti sistem berasaskan Web. Isu-isu teknikal
termasuk topik-topik mengenai pembangunan
sistem berasaskan Web secara sistematik dengan
menggunakan protokol, bahasa, teknik, dan alat-alat
yang berbeza serta mengambil kira isu-isu berkaitan
kualiti.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIF3001
PENGUJIAN PERISIAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris