52
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep
utama dan teknologi- teknologi berkaitan senibina
berorientasikan perkhidmatan yang mewakili satu
pendekatan untuk membangunkan sistem teragih
yang interoperable danloosely coupled. Ini
termasuklah
senibina
utama,
gambaran
keseluruhan dan prinsip-prinsip utama berasaskan
perkhidmatan, perkhidmatan web, evolusi teknologi
sistem teragih dan piawaian yang mana
termasuklah XML, SOAP, UDDI dan WSDL untuk
menangani asas perkhidmatan interoperable.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3001
PANGKALAN DATA LANJUTAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mentadbir pangkalan data.
2. Mengunakan ciri-ciri pengawasan yang asas.
3. Menggunakan pangkalan data teragih dan data
yang besar.
Sinopsis Kandungan Kursus
Pelajar boleh memaikan peranan sebagai seorang
pentadbir pangkalan data dan melakukan tugas
seperti mencipta pangkalan data, menguruskan
struktur-struktur storan, objek skema, keseiringan
data, membatalkan data, mengendalikan
keselamatan pengguna dan menyusun pangkalan
data. Kursus ini akan membolehkan pelajar
memahami bagaimana pangkalan data teragih
dilaksanakan, membesarkan pangkalan data bagi
menempatkan data saiz besar.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3002
PERDAGANGAN ELEKTRONIK
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Membincangkan pelbagai teknologi, piawaian
dan proses perniagaan yang terlibat dalam
pelaksanaan perdagangan elektronik.
2. Menerapkan cara-cara terkini penggunaan
teknologi maklumat dalam aktiviti-aktiviti
perniagaan demi mewujudkan peluang-peluang
baru dari peluasan penggunaan Internet di
kalangan para penggunanya.
3.
Membina aplikasi perdagangan elektronik
yang mudah bagi satu bidang perniagaan
yang berpotensi untuk dikomersialkan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Pendedahan yang diberikan dalam kursus ini ialah:
(a) Sejarah e-dagang (I); Pembangunan telegraf;
pesanan mel; pusat panggilan; EDI; perniagaan
berasaskan web; ekonomi rangkaian; rangkaian
sebenar dan maya; (b) Sejarah e-dagang (II)
Ekonomi skala penawaran berbanding permintaan,
undang-undang Metcalfe’s,model syarikat dominan
dan model kos; (c) Analisis peluang pasaran; (d)
Model-model perniagaan dalam talian; (e)
Rekabentuk antara-muka dan sistem; (f)
Komunikasi pemasaran dan penjenamaan dalam
talian; (g) Pelaksanaan sistem sumber, pembinaan
laman web dan seni bina web; (h) Sistem
pembayaran elektronik; (i) Isu e-dagang termasuk
keselamatan dan dasar-dasar dan undang-undang
siber; (j) Pengamalan e-dagang dan trend masa
depan; (k) Perdagangan mudah-alih.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3003
KAWALAN DAN KESELAMATAN
SISTEM MAKLUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti kawalan dan keselamatan
yang terlibat di dalam sistem maklumat dari
perspektif fizikal/ persekitaran, aplikasi dan
operasi.
2. Menghuraikan jenis kawalan keselamatan
sedia ada bagi sesebuah organisasi sistem-
sistem maklumat, termasuk metodologi,
prosedur dan rekabentuk implementasi.
3. Menyelesaikan masalah keselamatan dalam
sistem maklumat dengan menggunakan cara
kerja, prosedur dan kawalan yang dipelajari.
4. Mengaplikasikan nilai etika bagi setiap
pembangunan keselamatan sistem maklumat
mematuhi undang-undang dan polisi untuk
kawalan yang berkesan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Terdapat sepuluh komponen di dalam kursus ini:
(a) Keselamatan Maklumat dan Pengurusan
Risiko; (b) Sistem Kawalan Capaian dan
Metodologi; (c) Kriptografi; (d) Keselamatan Fizikal
/ Persekitaran; (e) Senibina dan rekabentuk sistem
keselamatan enterprise; (f) Penerusan perniagaan
dan perancangan baikpulih bencana; (g)
Telekomunikasi, rangkaian dan keselamatan
Internet;
(h)
Keselamatan
Aplikasi;
(i)
Keselamatan Operasi (j) Undang-undang,
Penyiasatan, Pematuhan and Etika.