Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 92

49
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WID3002
PEMPROSESAN BAHASA TABII
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti
peringkat-peringkat
pemprosesan bahasa tabii.
2. Menghurai teknik-teknik pemprosean bahasa
tabii.
3. Mengaplikasikan algoritma asas pemprosesan
bahasa tabii.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memberi pengenalan kepada teori dan
kaedah pemprosesan bahasa tabii. Ia meliputi
pelbagai topik dalam pemprosesan bahasa tabii
termasuk pemprosesan asas teks, jarak edit
minimum, analisis sintaks, dan analisis semantik. Di
samping itu, ia juga membincangkan beberapa
aplikasi pemprosesan bahasa tabii seperti
terjemahan mesin dan rumusan automatik.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WID3003
PENGKOMPUTERAN NEURAL
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan komponen-komponen neuron dan
senibina Rangkaian Neural Buatan
2. Menggunakan data yang bersesuaian sebagai
input untuk sistem rangkaian neural
3. Mengaplikasikan peraturan pembelajaran yang
sesuai bagi masalah Rangkaian Neural
Buatan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi topik seperti sejarah,
rekabentuk, motivasi biologi dan ciri-ciri dari
rangkaian neural buatan ke
deep learning
. Ia juga
meliputi topik algebra linear, pengkategorian
rangkaian neural, peraturan pembelajaran bagi
perceptron
,
Hebbian
, backpropagation dan
competitive learning
.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WID3004
KAEDAH BERANGKA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menulis persamaan menggunakan kaedah
berangka.
2. Menggunakan kaedah berangka untuk
menyelesaikan masalah pengamiran dan
pembezaan.
3. Mengaplikasikan keadah berangka untuk
menulis aturcara komputer.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi analisis berangka dan
implementasi komputer bagi masalah berangka.
Topik-topik merangkumi interpolasi dan anggaran
fungsi, sistem persamaan linear, penyelesaian
persamaan algebra, pembezaan dan pengamiran
berangka, penyelesaian berangka bagi persamaan
pembeza biasa dan separa, pemodelan matematik
dan simulasi komputer serta aplikasi kaedah
berangka dalam pelbagai bidang: grafik komputer,
robotik, rangkaian neural, pembelajaran mesin.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WID3005
KEPINTARAN ROBOTIK
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan pelbagai komponen dan sensor
robot.
2. Mengaplikasikan teknik visual robot dan
pemprosesan pertuturan di dalam masalah
kepintaran buatan.
3. Mensimulasi robot.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini meliputi asas-asas kepintaran robotic. Ia
merangkumi topic seperti latar belakang robotic,
aplikasi (seperti ketenteraan, industry, perubatan,
dan, mencari dan menyelamat), kesan robotik
kepada kehidupan, komponen robot, jenis fungsi
dan aplikasi robot, sensor – melihat (imej,
pengecaman corak, analisa piksel), akustik,
pertuturan, sentuhan, hidu (hidung buatan),
kinematik robot, emosi buatan, navigasi dan
pemetaan kognitif, sensor, dan penyelesaian
masalah robotik. Ia juga meliputi kajian terkini
robotik (seperti robotik berilhamkan biologi, evolusi
robotik dan evolusi algoritma.
1...,82,83,84,85,86,87,88,89,90,91 93,94,95,96,97,98,99,100,101,102,...272
Powered by FlippingBook