51
WIE2001
TREN-TREN DALAM SISTEM MAKUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan teknologi komputer terkini,
sistem maklumat yang berkaitan industri, dan
tren terkini dalam sistem maklumat.
2. Membincangkan isu-isu kritikal berkaitan
pengurusan, mentadbir sistem-sistem
maklumat dan teknologi yang dibincangkan.
3. Mengaplikasikan alatan atau model kepada kes
atau data yang berkaitan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini meneroka topik-topik terpilih dengan
kandungan khas (yang kebiasaannya tidak diliputi
dalam kursus lain) yang ditentukan oleh jabatan
dan pensyarah dengan penekanan ke atas tren
terkini sistem maklumat.Topik-topik di bawah
kursus ini berubah dari tahun ke tahun selari
dengan perkembangan dalam teknologi komputer
dan sistem maklumat.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE2002
PENGATURCARAAN SUMBER TERBUKA:
APLIKASI DAN TEKNOLOGI
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan ciri-ciri asal dan konsep-konsep
aplikasi dan teknologi pengaturcaraan terbuka.
2. Menggunakan
pengaturcaraan
sumber
terbuka bagi penjanaan, pengemaskinian dan
perolehan semula pangkalan data.
3. Membangunkan penyelesaian pengaturcaraan
terbuka bagi penyelesaian satu masalah
perniagaan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini akan membolehkan pelajar belajar ciri-
ciri asas dan konsep teknologi pengaturcaraan
sumber terbuka. Pelajar akan dapat menulis
dengan mengunakan pengaturcaraan sumber
terbuka supaya menjana, mendapatkan dan
mengemaskinikan pangkalan data. Mereka juga
akan membangunkan penyelesaian sumber terbuka
untuk menyelesaikan satu masalah perniagaan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE2003
PENGENALAN KEPADA SAINS DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan konsep-konsep utama sains data,
termasuk kesemua proses yang terdapat
dalam kitar hayat sains data dan kegunaan
sains data dalam dunia sebenar.
2. Menentukan algoritma- algoritma teras yang
mendasari satu aliran kerja sains data
hujung-ke-akhir,
termasuk
rekabentuk
eksperimen,
pengumpulan
data,
perlombongan, analisis, dan penyampaian
maklumat yang diperolehi daripada set data
yang besar.
3. Mengkategorikan alatan dan
teknologi
bersesuaian yang digunakan dalam sains data.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini dirangka untuk membantu pelajar
mempelajari konsep asas sains data. Ia meliputi
apa, bila, siapa, di mana, mengapa dan bagaimana
(5W 1H ) berkaitan sains data dalam era data
besar. Juga merangkumi, kitar hayat sains data dari
penyediaan data, pemprosesan data, pembersihan
data dan integrasi, sehingga analisis data dan
visualisasi data dalam pembuatan keputusan yang
didorong data. Peranan ahli sains data,
pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan turut
dibentangkan. Algoritma pembelajaran mesin dan
model statistik dimasukkan. Pelbagai teknologi,
bahasa pengaturcaraan dan juga alatan dalam
sains data turut dibincangkan..
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 60%
Peperiksaan Akhir: 40%
WIE2004
SENIBINA BERORENTASIKAN PERKHIDMATAN
MAKLUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan keperluan untuk perkhidmatan
web
dan
Senibina
Berorientasikan
Perkhidmatan dalam perniagaan.
2. Menghuraikan falsafah dan senibina bagi
perkhidmatan
web
dan
Senibina
Berorientasikan Perkhidmatan.
3. Mentafsir keperluan asas (SOAP, UDDI,
WSDL) perkhidmatan web.
4. Merekabentuk satu senibina berorientasikan
perkhidmatan menggunakan perkhidmatan
web XML (Model bagi SOA).