54
WIE3007
PERLOMBONGAN DAN PERGUDANGAN DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep Perlombongan Data dan
Pergudangan Data.
2. Menghasilkan
diagram
skema
untuk
pergudangan data menggunakan skema
bintang.
3. Membangunkan
model
menggunakan
pelbagai teknik perlombongan data.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini terdiri daripada beberapa komponen: (a)
Pengenalan kepada Pergudangan Data dan
Perlombongan Data; (b) Pergudangan Data; (c)
Pra perlombongan; (d) Klasifikasi; (e) Petua
Hubungkait; (f) Algoritma Pengelompokan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3008
ANALISIS DAN KEPINTARAN PERNIAGAAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIA2001 Pangkalan Data
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menerangkan konsep analisis perniagaan dan
penggunaan gudang data.
2. Mengintegrasi data daripada sumber yang
berbeza.
3. Menggunakan kaedah dan teknik yang sesuai
untuk analisa OLAP untuk menyelesaikan
masalah perniagaan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini membincangkan pemprosesan analisis
secara atas talian (OLAP), gudang data dan
pemodelan data secara dimensi, rekabentuk
ekstrak pengubah beban (ETL) dan pendekatan
statistik dan perlombongan untuk meningkatkan
perniagaan. Ia juga merangkumi reka bentuk
laporan, pembangunan dan tren terkini di dalam
kepintaran perniagaan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 70%
Peperiksaan Akhir: 30%
WIE3009
REKABENTUK DAN IMPLEMENTASI
SISTEM ENTERPRISE
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti konsep-konsep asas Sistem
Enterprise.
2. Menerangkan isu-isu utama yang berkaitan
dengan pembangunan, perlaksanaan dan
pengurusan Sistem Enterprise.
3. Mengaplikasikan
faedah-faedah
Sistem
Enterprise.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini direkabentuk untuk menyediakan
pendekatan komprehensif terhadap asas teori,
konsep, alatan dan amalan semasa sistem
enterprise. Ia merangkumi keseluruhan proses
rekabentuk untuk enterprise, termasuk rekabentuk
maklumat, proses dan organisasi. Ia merangkumi
kaedah rekabentuk enterprise, senibina enterprise,
analisis keperluan, strategi enterprise, rekabentuk
proses,
rekabentuk
maklumat,
rekabentuk
organisasi dan integrasi enterprise.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIE3010
VISUALISASI DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan konsep-konsep dan teknik-teknik
yang berkaitan dengan visualisasi data, i.e
aspek-aspek
data,
konsep-konsep
permodelan, dan teknik-teknik visualisasi.
2. Melaksanakan teknik visualisasi yang sesuai
kepada dataset yang berkaitan.
3. Menggunakan alatan yang sesuai untuk
menganalisa,dan
mempersembahkan/menggambarkan data.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini bermula dengan memperkenalkan
konsep-konsep visualisasi data vs infografik. Ia
memberi pelajar-pelajar pengetahuan di mana data
boleh didapati dan bagaimana data boleh
dianalisa dan dipersembahkan. Ia menerangkan
topik-topik seperti konsep-konsep permodelan,
aspek-aspek data, dan teknik-teknik visualisasi.
Teknik visualisasi data-data pelbagai variasi,
temporal, berasaskan teks, geospatial, dan lain-lain
jenis adalah di ajar. Pelajar-pelajar akan