112
PANDUAN BAGI ELEMEN-ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH
Elemen-elemen kemahiran insaniah adalah seperti berikut:
1.
Kemahiran Berkomunikasi (CS)
Tahap
Keterangan
CS1
Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan
penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis.
CS2
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan
memberikan maklum balas.
CS3
Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh
keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar.
CS4
Kebolehan menggunakan teknologi dalam pembentangan.
CS5
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.
CS6
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai
budaya berlainan.
CS7
Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan.
CS8
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.
2.
Pemikiran Kritis dan Kemahiran Menyelesaikan Masalah (CT)
Tahap
Keterangan
CT1
Kebolehan mengenalpasti dan menganalisis masalah dalam situasi
kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi.
CT2
Kebolehan mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti
menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan.
CT3
Kebolehan mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif.
CT4
Kebolehan berfikir melangkaui batas.
CT5
Kebolehan membuat keputusan yang berdasarkan bukti kukuh.
CT6
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya
terhadap tanggungjawab yang diberikan.
CT7
Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti
dan persekitaran kerja yang baharu.