19
MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM MAKLUMAT)
MATLAMAT PROGRAM
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang sains komputer dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan pengkomputeran; dan mempunyai minda
keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam bidang sains
komputer; memahami perkaitan antara teori dan praktikal sains komputer; dan
mengaplikasikan asas pengetahuan matematik, teori dan saintifik dalam menganalisis,
pemodelan, merekabentuk, membangun dan menilai penyelesaian pengkomputeran.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Maklumat), graduan dapat:
PO1
Menguasai konsep, prinsip dan proses asas di dalam bidang sains komputer
disamping menguasai pengetahuan sistem dan pengurusan maklumat.
PO2
Mengaplikasikan teknik dan kemahiran, serta menggunakan perisian bagi
menyelesaikan masalah dan pembangunan sistem komputer.
PO3
Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran pembangunan sistem dan
komunikasi bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
PO4
Mengamalkan nilai etika yang tinggi di dalam amalan profesional dari konteks
pengkomputeran dan interaksi sosial bagi pengekalan pembangunan/kemajuan
organisasi dan masyarakat.
PO5
Berkomunikasi dengan berkesan, secara lisan dan bertulis, menggunakan piawaian
yang diterima pakai di dalam kerjaya, bekerja di dalam pasukan untuk mencapai
matlamat projek serta mempamerkan kualiti kepimpinan positif.
PO6
Mengaplikasi teknik analisis data secara kuantitatif dan kualitatif, serta kemahiran
sistemik dan analitikal dan menggunakan alatan yang sesuai di dalam sistem
maklumat di dalam konteks penyelesaian masalah organisasi.
PO7
Bekerja dan meneruskan pembelajaran dengan sendiri dalam menimba ilmu dan
sedar akan kepentingan pendidikan berterusan dan kemahiran dalam sistem dan
pengurusan maklumat.
PO8
Mengenalpasti dan menganalisis peluang perniagaan dan menyediakan rancangan
untuk memulakan perniagaan.