Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 43

21
MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
SARJANA MUDA TEKNOLOGI MAKLUMAT (MULTIMEDIA)
MATLAMAT PROGRAM
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang teknologi maklumat dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan teknologi maklumat; dan mempunyai minda
keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang teknologi
maklumat; mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk
menyelesaikan masalah dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam
bidang teknologi maklumat; mempunyai keupayaan merekabentuk, melaksana dan
mengurus penyelesaian dan sumber teknologi maklumat, dan mengiktiraf kesan teknologi
terhadap individu, organisasi dan masyarakat; dan memiliki kemahiran untuk
mengintegrasikan pelbagai penyelesaian teknologi.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia), graduan dapat:
PO1
Menguasai konsep, prinsip dan proses asas di dalam bidang teknologi maklumat di
samping menguasai pengetahuan multimedia.
PO2
Mengaplikasikan teknik dan kemahiran, serta menggunakan peralatan dan perisian
bagi menyelesaikan masalah dan pembangunan aplikasi teknologi maklumat.
PO3
Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran pembangunan aplikasi dan
komunikasi bagi memberi manfaat kepada masyarakat.
PO4
Mengamalkan nilai etika yang tinggi di dalam amalan professional dari konteks
teknologi maklumat dan interaksi sosial bagi pengekalan pembangunan/kemajuan
organisasi dan masyarakat.
PO5
Berkomunikasi dengan berkesan, secara lisan dan bertulis, menggunakan piawaian
yang diterimapakai di dalam kerjaya, bekerja di dalam pasukan untuk mencapai
matlamat projek serta mempamerkan kualiti kepimpinan positif.
PO6
Mengaplikasi teknik analisis data secara kuantitatif dan kualitatif, serta kemahiran
sistemik dan analitikal dan menggunakan alatan yang sesuai dalam aplikasi
teknologi maklumat bagi konteks penyelesaian masalah organisasi.
PO7
Bekerja dan meneruskan pembelajaran dengan sendiri dalam menimba ilmu dan
sedar akan kepentingan pendidikan berterusan dan kemahiran dalam teknologi
maklumat.
PO8
Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk mengenalpasti
dan menganalisis peluang perniagaan dalam bidang teknologi multimedia.
1...,31,32-33,34-35,36,37,38,39,40,41,42 44,45,46,47,48-49,50,52-53,54,56-57,58,...272
Powered by FlippingBook