Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 39

17
MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (SISTEM DAN RANGKAIAN KOMPUTER)
MATLAMAT PROGRAM
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang sains komputer dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan pengkomputeran; dan mempunyai minda
keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam bidang sains
komputer; memahami perkaitan antara teori dan praktikal sains komputer; dan
mengaplikasikan asas pengetahuan matematik, teori dan saintifik dalam menganalisis,
pemodelan, merekabentuk, membangun dan menilai penyelesaian pengkomputeran.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Rangkaian Komputer),
graduan dapat:
PO1
Menguasai konsep, prinsip dan proses asas yang menyokong rekabentuk,
pembangunan dan pengurusan sistem komputer dan teknologi rangkaian dalam
sesuatu organisasi atau persekitaran aplikasi yang tertentu.
PO2
Menganalisa, merekabentuk, membangun, memodelkan serta menyelenggara
sistem komputer dan teknologi rangkaian menggunakan metodologi dan alatan,
dan membangunkan aplikasi dalam urusan organisasi.
PO3
Mempamerkan kemahiran sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat
menggunakan pengetahuan serta kemahiran dalam sistem komputer dan teknologi
rangkaian.
PO4
Mempamerkan sikap dan perwatakan yang selaras dengan kod profesional dan
etika didalam disiplin sistem komputer dan teknologi rangkaian.
PO5
Berkomunikasi dengan berkesan, secara lisan dan bertulis, menggunakan piawaian
yang diterimapakai dalam kerjaya, bekerja dalam pasukan untuk mencapai
matlamat projek dan mempamerkan kualiti kepimpinan positif.
PO6
Mengaplikasi teknik analisis data secara kuantitatif dan kualitatif, serta kemahiran
sistemik dan analitikal dan menggunakan alatan yang sesuai di dalam konteks
penyelesaian masalah organisasi.
PO7
Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan berkeupayaan untuk
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan kehendak pembangunan dan
pertumbuhan profesional.
PO8
Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk mengenalpasti
peluang-peluang perniagaan berkaitan sistem komputer dan teknologi rangkaian.
1...,27,28,29,30,31,32-33,34-35,36,37,38 40,41,42,43,44,45,46,47,48-49,50,...272
Powered by FlippingBook