18
MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEPINTARAN BUATAN)
MATLAMAT PROGRAM
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang sains komputer dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan pengkomputeran; dan mempunyai minda
keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam bidang sains
komputer; memahami perkaitan antara teori dan praktikal sains komputer; dan
mengaplikasikan asas pengetahuan matematik, teori dan saintifik dalam menganalisis,
pemodelan, merekabentuk, membangun dan menilai penyelesaian pengkomputeran.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan), graduan dapat:
PO1
Menguasai ilmu pengetahuan yang mencukupi dalam bidang Sains Komputer
dengan pengkhususan Kepintaran Buatan.
PO2
Menggunakan alatan dan teknologi komputer dalam merekabentuk dan
membangunkan sistem pintar yang bercirikan kepintaran manusia.
PO3
Menunjukkan kemahiran dan tanggungjawab sosial dengan menghasilkan sistem
pintar yang boleh memanfaatkan masyarakat.
PO4
Menunjukkan sikap professionalisme dan beretika dalam pengaturcaraan dan
pembangunan projek sistem pintar berdasarkan amalan terbaik terkini dalam
bidang Sains Komputer.
PO5
Berkomunikasi secara berkesan dan bekerja secara berkumpulan serta
mempamerkan kemahiran kepimpinan dalam mencapai matlamat menghasilkan
sistem pintar.
PO6
Menggunakan konsep Sains Komputer serta teknik-teknik Kepintaran Buatan
dalam penyelesaian masalah.
PO7
Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang
hayat untuk perolehan ilmu dan kemahiran dalam Sains Komputer dan juga
Kepintaran Buatan.
PO8
Menggunakan kemahiran pengurusan dan keusahawanan untuk mengenalpasti
peluang perniagaan yang melibatkan sistem pintar.