13
PROGRAM SARJANA MUDA YANG DITAWARKAN
1) SAINS KOMPUTER
Terdapat
empat (4)
program yang ditawarkan di bawah Sains Komputer seperti berikut:
(1) Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem dan Rangkaian Komputer)
(2) Sarjana Muda Sains Komputer (Kepintaran Buatan)
(3) Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Maklumat)
(4) Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian)
Matlamat Program:
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang sains komputer dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan pengkomputeran; dan mempunyai minda
keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk menyelesaikan
masalah dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam bidang sains
komputer; memahami perkaitan antara teori dan praktikal sains komputer; dan
mengaplikasikan asas pengetahuan matematik, teori dan saintifik dalam menganalisis,
pemodelan, merekabentuk, membangun dan menilai penyelesaian pengkomputeran.
2) TEKNOLOGI MAKLUMAT
Terdapat
satu (1)
program yang ditawarkan di bawah Teknologi Maklumat seperti berikut:
(1) Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Multimedia)
Matlamat Program:
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di
dalam bidang teknologi maklumat dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara
berkesan, cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai
keupayaan untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk
menyelesaikan masalah berasaskan teknologi maklumat; dan mempunyai minda
keusahawanan.