Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 42

20
MATLAMAT DAN HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER (KEJURUTERAAN PERISIAN)
MATLAMAT PROGRAM
Untuk melahirkan graduan cemerlang yang mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari di dalam
bidang sains komputer dengan daya saing yang tinggi, berkomunikasi secara berkesan,
cerdik emosi, berkeyakinan, menghayati tanggungjawab sosial, dan mempunyai keupayaan
untuk menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan teknik saintifik untuk menyelesaikan
masalah berasaskan pengkomputeran; dan mempunyai minda keusahawanan.
Objektif Pendidikan Program:
Memiliki pengetahuan asas, prinsip-prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
mempunyai kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kuat untuk menyelesaikan masalah
dengan menggunakan pengetahuan, prinsip dan kemahiran dalam bidang sains komputer;
memahami perkaitan antara teori dan praktikal sains komputer; dan mengaplikasikan asas
pengetahuan matematik, teori dan saintifik dalam menganalisis, pemodelan, merekabentuk,
membangun dan menilai penyelesaian pengkomputeran.
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM
Pada akhir program Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian), graduan dapat:
PO1
Menguasai pengetahuan teoritikal dan praktikal yang terkini di dalam disiplin sains
komputer serta kejuruteraan perisian.
PO2
Mengenalpasti keperluan, merekabentuk, membangun dan menyelenggara
penyelesaian perisian dengan mengaplikasikan prinsip, metodologi, piawaian,
teknik dan peralatan bersesuaian bagi memastikan kualiti perisian.
PO3
Menggunakan ilmu pengetahuan dan kemahiran sains komputer serta
kejuruteraan perisian bagi memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.
PO4
Menampilkan sikap dan perwatakan yang selaras dengan kod profesional dan etika
di dalam disiplin sains komputer serta kejuruteraan perisian.
PO5
Berkomunikasi secara berkesan dan mengamalkan budaya kerja berkumpulan
serta mempamerkan kemahiran kepimpinan di dalam projek sains komputer serta
kejuruteraan perisian.
PO6
Mengaplikasikan kemahiran berfikir secara logikal dan analitis serta saintifik dalam
pembangunan perisian untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar.
PO7
Menggunakan kemahiran pengurusan maklumat dan berkeupayaan untuk
pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan kehendak pembangunan
profesional.
PO8
Menilai dan menganalisa peluang-peluang perniagaan yang berkaitan dengan
projek kejuruteraan perisian.
1...,30,31,32-33,34-35,36,37,38,39,40,41 43,44,45,46,47,48-49,50,52-53,54,56-57,...272
Powered by FlippingBook