Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 267

149
PERATURAN MAKMAL
1.
Pengguna yang berdaftar kursus-kursus di FSKTM sahaja dibenarkan menggunakan makmal.
2.
Mulai 1 April 2006, pengguna diwajibkan memakai tag nama sepanjang masa sewaktu berada
di dalam makmal. Pengguna yang tidak memakai tag nama tidak dibenarkan memasuki
makmal. Petugas makmal berhak meminta pengguna meninggalkan makmal dengan segera
sekiranya enggan memakai atau terlupa membawa tag nama.
3.
Pengguna hendaklah menggunakan disket, CD atau
thumb drive
yang bermutu dan pastikan
data-data di dalamnya bebas daripada virus. Pihak fakulti berhak memeriksa disket, CD atau
thumb drive
sebelum digunakan.
4.
Pengguna dilarang menyalin sebarang perisian di fakulti tanpa pengetahuan kakitangan
bertugas.
5.
Pengguna juga dilarang memasukkan sebarang perisian ke dalam cakera liut (
hard disk
) di
dalam makmal tanpa pengetahuan kakitangan bertugas (contoh; KAZAA, BitTorent, P2P
software). Pihak fakulti berhak membuang fail-fail tersebut tanpa notis.
6.
Pengguna hendaklah melaporkan sebarang kemalangan dan kerosakan perkakasan kepada
kakitangan bertugas. Pihak fakulti tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang
kemalangan akibat kecuaian pengguna.
7.
Pengguna tidak dibenarkan bermain ‘
games’, `chat’
dan melayari laman web lucah.
8.
Pengguna tidak dibenarkan membawa kawan atau pelajar dari fakulti lain atau luar universiti
ke dalam makmal.
9.
Pengguna tidak dibenarkan membuat bising atau mengganggu pengguna-pengguna lain.
Sekiranya pengguna ingin berbincang, pengguna dikehendaki keluar daripada makmal.
10. Pengguna dilarang keras merokok dan membawa beg, makanan serta minuman ke dalam
makmal.
11. Pengguna mestilah menjaga kebersihan dan keselamatan perkakasan di dalam makmal
termasuk meja, kerusi dan peralatan-peralatan lain.
12. Pengguna mestilah berpakaian kemas semasa di dalam makmal. Pengguna tidak dibenarkan
sama sekali memakai selipar, berseluar pendek atau berpakaian menjolok mata.
13. Pengguna tidak dibenarkan menukar kata laluan yang telah di ’set’ oleh pihak teknikal FSKTM
atas sebab-sebab keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
Sekiranya pengguna didapati melanggar peraturan di atas maka pihak fakulti akan mengambil
tindakan disiplin ke atas pengguna.
1...,257,258,259,260,261,262,263,264,265,266 268,269,270,271,272
Powered by FlippingBook