Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 260

142
(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa
kepada bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau
sebahagian, dan kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa
jua bentuk atau cara sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;
(h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat
beberapa ubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal dan
menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia ialah
pencipta idea-idea itu.
(B) Kehadiran dalam peperiksaan
(1) Jika kursus pengajian seseorang pelajar memerlukan dia hadir bagi sesuatu
peperiksaan dan dia tidak selainnya dihalang daripada peperiksaan itu, dia tidak
boleh tidak hadir tanpa kebenaran terdahulu Dekan Fakulti, atau ketua Sekolah,
Pusat, Akademik atau Institut mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2) Jika hal keadaan tidak membenarkan kebenaran terdahulu diperolehi, pelajar
hendaklah memuaskan hati Dekan atau Ketua, mengikut mana-mana yang
berkenaan, berkenaan dengan ketidakhadirannya dan memperoleh kelulusan
berkenaan dengan ketidakhadirannya itu.
(C) Kelakuan semasa peperiksaan
Tiada pelajar boleh:-
(a) mengambil apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar atau benda lain,
kecuali yang diberi kuasa oleh pemeriksa, ke dalam atau ke luar dari sesuatu
bilik peperiksaan, atau menerima apa-apa buku, kertas kerja, dokumen, gambar
atau benda lain daripada mana-mana orang lain semasa dalam bilik peperiksaan,
kecuali seseorang pelajar boleh, semasa dia di dalam bilik peperiksaan,
menerima daripada pengawas peperiksaan apa-apa buku, kertas kerja,
dokumen, gambar atau benda lain yang telah disyorkan oleh peperiksaan atau
Lembaga Pemeriksa, dan diberi kuasa oleh Naib Canselor;
(b) menulis, atau telah menulisnya melalui orang lain, apa-apa maklumat atau
gambar rajah yang mungkin berkaitan dengan peperiksaan yang didudukinya, di
atas tangannya atau di atas mana-mana bahagian lain tubuh badannya, atau di
atas pakaiannya;
(c) berhubung dengan mana-mana pelajar lain semasa sesuatu peperiksaan melalui
apa-apa jua cara; atau
(d) menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh
ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu dalam sesuatu peperiksaan,
semasa peperiksaan itu sedang dijalankan.
(D) Hukuman tatatertib
Seseorang pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib dan didapati bersalah
atas kesalahan itu boleh dikenakan mana-mana gabungan dua atau hukuman yang
sesuai yang berikut:
(a) amaran;
(b) denda tidak melebihi dua ratus ringgit;
(c) dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu
Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
(d) digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang
ditetapkan;
(e) dipecat dari Universiti.
1...,244-245,246-247,248-249,250-251,252-253,254-255,256,257,258,259 261,262,263,264,265,266,267,268,269,270,...272
Powered by FlippingBook