145
Makmal Aplikasi Pembangunan iOS
Dilengkapi dengan 20 unit Apple iMac 21.5” Intel Core i5 (2.96GHz) Processor, 1 TB
HDD dan 8GB RAM . Komputer-komputer ini mempunyai rangkaian ke Pelayan
Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka kepada semua pelajar
yang mengambil bidang multimedia sahaja. Sistem pengoperasian Mac OS.
Makmal Mikro 6 (MM6)
Dilengkapi dengan 45 unit. Komputer-komputer ini mempunyai rangkaian ke Pelayan
Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka kepada semua pelajar
fakulti dan keutamaan diberikan kepada kursus-kursus multimedia. Sistem
pengoperasian – Windows 10.
Makmal Stroustrup
Dilengkapi dengan 40 unit komputer. Komputer-komputer ini mempunyai rangkaian
ke Pelayan Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka kepada
semua pelajar Ijazah Pertama. Sistem pengoperasian – Windows 7.
(B) MAKMAL-MAKMAL PENYELIDIKAN
Sebanyak 30 buah makmal penyelidikan disediakan kepada pelajar Ijazah Tinggi bagi
menyokong aktiviti penyelidikan mengikut jabatan masing-masing
Blok A:
Makmal Penyelidikan Kejuruteraan Perisian
Komputer-komputer di dalam makmal ini mempunyai rangkaian ke Internet. Dibuka
untuk pelajar-pelajar Ijazah Tinggi yang terlibat dalam kejuruteraan perisian sahaja.
Makmal Teknologi Komputer
Makmal ini dibuka kepada pelajar-pelajar Ijazah Tinggi di bawah Jabatan Sistem dan
Teknologi Komputer.
Makmal Penyelidikan Sains Maklumat
Makmal ini digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang berkaitan dengan
bidang sains maklumat.
Blok B:
Makmal Penyelidikan Kepintaran Buatan
Makmal ini digunakan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan
bidang kepintaran buatan.
Makmal Penyelidikan VLSI
Makmal ini digunakan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan
bidang VLSI.
Makmal Penyelidikan Sistem dan Rangkaian Komputer
Makmal ini digunakan untuk membangunkan aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan
bidang sistem dan rangkaian komputer.