144
KEMUDAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
(A) MAKMAL-MAKMAL PENGAJARAN
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menyediakan 10 buah makmal
untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Makmal-makmal tersebut adalah seperti
berikut:
Blok A:
Makmal Mikro I (MM1)
Dilengkapi dengan 50 unit komputer. Semua komputer ini mempunyai rangkaian ke
Pelayan Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka untuk semua
pelajar Ijazah Pertama. Sistem pengoperasian – Windows 10.
Makmal Mikro 2 (MM2)
Dilengkapi dengan 37 unit komputer. Semua komputer ini mempunyai rangkaian ke
Pelayan Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka untuk semua
pelajar Ijazah Pertama. Sistem Pengoperasian – Windows 10.
Makmal Lanjutan (ML)
Dilengkapi dengan 33 unit komputer. Semua komputer ini mempunyai rangkaian ke
Pelayan Direktori Aktif (Active Directory Server) dan Internet. Dibuka untuk pelajar
Ijazah Tinggi sahaja. Sistem pengoperasian – Windows 7.
Makmal CCNA (CCNA)
Dilengkapi dengan 41 unit komputer. Sistem pengoperasian yang digunakan ialah
Windows 10. Di sini juga terdapat 25 unit Cisco 1700 Series Router, 5 unit Cisco 1760
Series Router dan 12 unit switch Cisco 2950 CATALYST Series untuk pengajaran
CCNA.
Makmal Pengajaran Robotik
Makmal Pengajaran Robotik @ FSKTM adalah sebahagian dari usaha Jabatan
Kepintaran Buatan untuk menyediakan tempat pembelajaran pintar dan kondusif bagi
pelajar yang mengambil kursus 'Kepintaran Robotik'. Dilengkapi enam buah robot
mudah-alih, makmal tersebut memberi ruang bagi pelajar merancang dan
merekabentuk algoritma robot khusus untuk keperluan kursus.
Blok B:
Makmal Mikro 3 (MM3)
Dilengkapi dengan 60 unit komputer. Makmal ini dibuka khas kepada pelajar Ijazah
Dasar dan Ijazah Tinggi.
Makmal Mikro 4 (MM4)
Semua komputer ini mempunyai rangkaian ke Pelayan Direktori Aktif (
Active
Directory Server
) dan Internet. Dibuka untuk pelajar Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi.