147
KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN
FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
1. Surau
Bagi pelajar, kakitangan dan pelawat yang beragama Islam, pihak Fakulti telah
menyediakan surau untuk kemudahan menunaikan ibadat solat, program keagamaan
dan sebagainya. Surau wanita berada di Tingkat 2, Blok A dan surau lelaki terletak di
Tingkat 3, Blok A. Semua pengguna surau dilarang tidur dan membuat kerja-kerja yang
tidak berfaedah semasa berada di dalam surau. Pengguna hendaklah memastikan
kebersihan di tempat wuduk dan surau dijaga dengan baik.
2. Mesin Layan Diri (Minuman)
Terdapat empat (4) unit mesin layan diri yang boleh didapati di kedua-dua bangunan
Blok A dan Blok B.
3. Kafeteria
Terdapat sebuah kafeteria di bahagian belakang Blok A, FSKTM yang menjual
minuman dan makanan dengan harga yang berpatutan. Jualan sarapan pagi, makan
tengahari dan minum petang ada disediakan.
4.
Postgraduate Lounge & Student Centre
Terdapat ruang untuk pelajar Ijazah Dasar dan Ijazah Tinggi untuk merehatkan minda
dan mengadakan perbincangan secara berkumpulan.
5. Tempat Letak Kenderaan
Untuk memudahkan pelajar-pelajar meletakkan kenderaan mereka, pihak fakulti telah
menyediakan lebih kurang 150 petak motosikal dan 45 petak kereta di belakang Blok
A, FSKTM. Pelajar-pelajar diingatkan supaya meletakkan kereta mereka di belakang
bangunan dan bukannya di hadapan bangunan FSKTM. Ini adalah kerana bahagian
hadapan lapangan letak kereta dikhaskan untuk kakitangan dan pensyarah serta
pelawat FSKTM. Sekiranya pelajar gagal mematuhi arahan ini, pihak Pejabat
Keselamatan Universiti boleh menyaman kenderaan pelajar tersebut dan denda
kompaun akan dikenakan.
6. Penapis air
Penapis air minuman disediakan di dalam
Student Centre
dan
Postgraduate Lounge
.
7. Capaian Internet di Foyer FSKTM
Terdapat capaian Internet tanpa wayar yang boleh diakses pada setiap tingkat
bangunan. Pelajar perlu mematuhi peraturan dan penggunaan ketika menggunakan
kemudahan tersebut.
8. SPeCTRUM (
Student Powered e-Collaboration Transforming UM
)
Kemudahan ini adalah untuk memudahkan pelajar memuat-turun nota-nota subjek
dengan mudah.
Semua Fakulti (kecuali Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian) dan PASUM boleh
melayari laman web SPECTRUM di
/
Untuk kegunaan Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian boleh melayari laman web
SPECTRUM di
Sebarang pertanyaan atau masalah, boleh diajukan di helpdesk.um.edu.my