Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 259

141
PLAGIARISME
(A) Larangan terhadap plagiarisme
(1) Seseorang pelajar tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau
ciptaan orang lain.
(2) Bagi maksud kaedah ini, plagiarisme termasuklah:-
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain
dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil
ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau
(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-
apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea,
penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada
beberapa sumber lain.
(3) Tanpa menjejaskan keluasan makna subkaedah (2), seseorang pelajar
memplagiat apabila dia:-
(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,
kertas saintifik atau akademik, atau buku yang adalah keseluruhannya atau
sebahagiannya ditulis oleh beberapa orang lain;
(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai
pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa
sumbangan bertulis kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau
akademik, atau buku;
(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik
bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai
penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa
sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama
atau penarang bersama;
(d) memetik data akademik yang adalah hasil penyelidikan yang dijalankan
oleh beberapa orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja
lapangan, atau data yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan,
sama ada diterbitkan atau tidak diterbitkan, dan menggabungkan data
tersebut sebagai sebahagian daripada penyelidikan akademiknya tanpa
memberi pengiktirafan sewajarnya kepada sumber asal;
(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama
dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu anggota
kakitangan atau pelajar Universiti sebagai sebahagian daripada
penyelidikan akademik yang berbeza yang lain, atau bagi penerbitan atas
namanya sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan
penyelidik bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau
sebelum menerbitkan data;
(f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua
bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk eletronik,
atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau
perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama
ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea
atau ciptaan itu;
1...,242-243,244-245,246-247,248-249,250-251,252-253,254-255,256,257,258 260,261,262,263,264,265,266,267,268,269,...272
Powered by FlippingBook