Buku Panduan Program Sarjana Muda 2018/2019 - page 77

37
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 70%
Peperiksaan Akhir: 30%
WIA1005
ASAS TEKNOLOGI RANGKAIAN
Kredit:
4
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan protokol, senibina, komponen,
pengalamatan, dan operasi dalam rangkaian
2. Menjelaskan konsep asas dalam penghalaan
dan pensuisan.
3. Menyelesaikan masalah penghalaan dan
pensuisan dalam rangkaian.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini direkabentuk untuk membekalkan pelajar
dengan konsep asas rangkaian komputer yang
meliputi model TCP/IP, pengalamatan IPv4 dan
IPv6, penghalaan dan pensuisan. Kursus ini akan
meneliti beberapa aspek rangkaian seperti VLAN,
RIP, OSPF, ACL, DHCP dan NAT. Kursus ini juga
menekankan latihan praktikal dalam penghalaan
dan pensuisan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA2001
PANGKALAN DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep-konsep asas dalam
pangkalan data.
2. Mengenalpasti sistem pengurusan pangkalan
data (DBMS).
3. Membina satu sistem pangkalan data untuk
sebuah aplikasi atau perniagaan kecil.
4. Melaksanakan
sistem
pangkalan
data
menggunakan sebuah sistem pengurusan
pangkalan data (DBMS).
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep sistem
berasaskan fail vs sistem pengurusan pangkalan
data (DBMS). Ianya memberi pelajar pengetahuan
mengenai senibina pangkalan data, model, dan
proses-proses yang perlu bagi mengguna,
merekabentuk, dan melaksanakan sistem dan
aplikasi pangkalan data. Pelajar akan mendapat
sesi amali untuk menggunakan DBMS dan menulis
arahan SQL. Aplikasi pangkalan data akan
dibangunkan berdasarkan kajian kes. Topik-topik
pengurusan transaksi dan lain-lain isu berkaitan
sistem pengurusan pangkalan data juga
dibincangkan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA2002
PERMODELAN PERISIAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan
konsep-konsep
pemodelan
perisian.
2. Mengaplikasikan teknik-teknik pemodelan
berorientasikan objek untuk menganalisa
sistem perisian.
3. Membina model-model dengan menggunakan
notasi UML yang sesuai.
4. Menggunakan alat CASE yang sesuai untuk
pembinaan model UML.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi konsep pemodelan
berorientasikan objek dalam analisa dan
rekabentuk sistem dengan menggunakan
Unified
Modelling Language (UML)
. Topik-topik termasuk:
konsep asas pemodelan dalam analisis dan reka
bentuk sistem, perbezaan utama antara analisis
dan rekabentuk berstruktur dan berorientasikan
objek, analisis dan rekabentuk sistem perisian
menggunakan rajah struktur (
Use Case and Class
Diagrams
) dan tingkahlaku (
Activity, Interaction
dan
State Machine Diagrams
), penggunaan alat CASE
berorientasikan objek untuk membina pelbagai
gambahrajah UML dan menjana kod sumber,
penyemakan konsisten untuk model UML dan
pengujian perisian.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA2003
KEBARANGKALIAN DAN STATISTIK
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep-konsep kebarangkalian
dan statistik.
2. Membincangkan
konsep-konsep
asas
kebarangkalian dan statistik.
1...,67,68,69,70,71,72,73,74,75,76 78,79,80,81,82,83,84,85,86,87,...272
Powered by FlippingBook