36
WIA1001
SISTEM MAKLUMAT
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menyenaraikan konsep asas dan prinsip
sistem maklumat.
2. Mengenalpasti peranan para pemegang
taruhan dalam membangun, mengguna dan
mengurus sistem maklumat.
3. Menafsirkan amalam sistem maklumat semasa.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi topik-topik berikut:
Gambaran
Menyeluruh
Sistem
Maklumat
(Pengenalan kepada Sistem Maklumat, Sistem
Maklumat dalam Organisasi); Konsep Teknologi
Maklumat dalam Sistem Maklumat; Pengurusan
Data dan Maklumat; Jenis Sistem Maklumat
Perniagaan; Pengurusan Pengetahuan dan Sistem
Maklumat Khusus; Pemegang Taruhan Sistem
Maklumat;
Perancangan,
Pembangunan,
Pengurusan dan Penilaian Sistem Maklumat;
Mendapatkan Sistem Maklumat; Sistem Maklumat
dalam Masyarakat, Perniagaan dan Perindustrian
(Isu Keselamatan dan Privasi, Etika dan Sistem
Maklumat), dan Kajian Kes Sistem Maklumat dalam
Organisasi.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA1002
STRUKTUR DATA
Kredit:
5
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIX1002 - Asas-Asas Pengaturcaraan
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep-konsep pengabstrakan
data.
2. Mengenalpasti struktur-struktur data asas.
3. Menggunakan struktur data yang sesuai dalam
rekabentuk dan perlaksanaan aplikasi.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memperkenalkan konsep pengabstrakan
dalam penyelesaian masalah. Struktur-struktur data
asas seperti senarai berpaut, tindanan, giliran dan
pepohon perduaan adalah dijelaskan secara
terperinci. Kursus ini menegaskan perlaksanaan
struktur-struktur data dalam pengaturcaraan untuk
menyelesaikan masalah dunia yang sebenar.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA1003
SENIBINA SISTEM KOMPUTER
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIX1003 - Sistem dan Organisasi Komputer
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti konsep dan kaedah ‘atas-
bawah’ untuk menunjukkan rekabentuk sistem
komputer.
2. Menggunakan asas-asas operasi dan set
arahan bagi pelaksanaan pengaturcaraan
bahasa himpunan.
3. Menjelaskan perbezaan organisasi komputer
dan rekabentuk komputer.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini meliputi pengenalan kepada sistem
komputer termasuklah struktur sistem global,
perlaksanaan arahan, mod pengalamatan, teknik-
teknik asas perlaksanaan komputer, talianpaip,
senibina RISC dan CISC, hierarki memori,
cache
,
saling sambungan
bus
, sistem I/O, sistem
multipemproses dan topik-topik terkini dalam
Senibina Komputer.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIA1004
ASAS-ASAS KEPINTARAN BUATAN
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan prinsip asas Kepintaran Buatan
dan aplikasinya.
2. Membezakan di antara sistem konvensional
dan sistem pintar.
3. Mengaplikasikan teknik Kepintaran Buatan
untuk menyelesaikan masalah.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi pengenalan kepada bidang
Kepintaran Buatan (KB). Ia meliputi sejarah,
konsep-konsep asas dan teknik yang digunakan
dalam KB seperti perwakilan pengetahuan,
penyelesaian masalah, teknik gelintaran, inferen,
taakulan dan pembelajaran mesin. Ia juga
membezakan di antara sistem konvensional dan
sistem pintar serta memperkenalkan pelbagai
aplikasi KB.