32
WIX1001
MATEMATIK PENGKOMPUTERAN I
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti konsep asas dan teminologi
dalam matematik diskrit.
2. Menunjukkan
pembuktian
matematik
menggunakan konsep asas.
3. Mengaplikasi pelbagai teknik struktur diskrit
untuk menyelesaikan masalah.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini meliputi matematik diskrit dan aplikasinya
dalam sains komputer. Topik-topik termasuk teori
nombor, set, hubungan dan fungsi, mantik, graf dan
pepohon, matriks, vektor dan kombinatoriks. Ia juga
meliputi aplikasi matematik dalam sains komputer
(seperti aplikasi set dan fungsi dalam
pengaturcaraan semantik, mantik dalam spesifikasi
pengaturcaraan, hubungan kesetaraan dan turutan
dalam pengaturcaraan kompleks, graf dan pepohon
dalam teori permainan, matriks dalam grafik, teori
nombor dalam keselamatan komunikasi).
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIX1002
ASAS-ASAS PENGATURCARAAN
Kredit:
5
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mendefinisikan langkah-langkah penyelesaian
masalah untuk pengaturcaraan.
2. Menulis semula aturcara yang mengandungi
kesalahan.
3. Membina aturcara berdasarkan prinsip
berorientasikan objek.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi penyelesaian masalah dan
asas pengaturcaraan. Ini termasuklah teknik
penyelesaian masalah, struktur asas bagi aturcara,
konsep asas pengaturcaraan berorientasikan objek,
jenis data dan operasi, struktur kawalan pilihan iaitu
‘if’ dan ‘switch’, struktur kawalan ulangan iaitu ‘for,
while, do-while’, fungsi, tatasusunan, rententan dan
fail teks, dan amalan pengaturcaraan.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIX1003
SISTEM DAN ORGANISASI KOMPUTER
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan asas senibina dan rekabentuk
logik
2. Menjelaskan rekabentuk asas sistem komputer,
litar gabungan dan logik jujukan.
3. Menafsirkan konsep-konsep asas operasi
sesuatu sistem komputer.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini meliputi pengenalan kepada sistem dan
organisasi komputer termasuklah sistem nombor,
aljabar
Boolean
, get-get logik asas, fungsi
permudahan, litar gabungan, selak dan
flip-flop
dan
litar jujukan. Kursus ini juga memberikan
pengenalan kepada senibina pemproses
Pentium
dan bahasa penghimpun.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIX2001
KEMAHIRAN BERFIKIR DAN BEKOMUNIKASI
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menceritakan mengenai topik-topik tertentu.
2. Mengkaji sumber-sumber maklumat.
3. Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi
secara efektif dalam persekitaran dan
kekangan yang berbeza.
4. Menyediakan cadangan perniagaan yang
bersesuaian.
5. Mengurus ahli kumpulan di dalam aktiviti
berkumpulan.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini berdasarkan penerimaan bahawa berfikir
merupakan kemahiran yang boleh dibentuk dan
diperbaiki melalui tunjuk ajar dan praktis. Ia
dibentuk untuk membentuk kemahiran pemikiran
asas seperti memberi klarifikasi, menganalisasi dan
menilai hujah-hujah; dan membentuk peribadi dan
sikap terbuka serta ingin-tahu. Semua ini adalah
diperlukan bagi kejayaan di dalam pelajaran
akademik, penyelasaian masalah dan membuat
keputusan di dalam kehidupan seharian. Kursus in
menggabungkan
pembentukkan
kedua-dua
kemahiran berfikir secara kritis (penilaian) dan
kreatif (sintesis) dalam situasi berkomunikasi
seperti menitik-beratkan empati orang yang