40
WIB1001
ASAS MULTIMEDIA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan prinsip-prinsip bagi setiap
elemen sistem multimedia.
2. Membina
satu
pembangunan
aplikasi
multimedia melalui rekaan dan manipulasi
elemen-elemen multimedia menggunakan
alatan penyuntingan dan pengarangan
multimedia yang sesuai.
3. Menerangkan beberapa teknik pemampatan
dan isu-isu keselamatan dan teknologi
multimedia semasa.
Sinopsis Kandungan Kursus
Semasa kursus, pelajar akan diperkenalkan kepada
elemen-elemen
utama
sistem
multimedia
termasuklah teks, imej dan grafiks, audio, video dan
animasi. Pelajar akan diajar proses penyuntingan
elemen-elemen multimedia menggunakan alatan
penyuntingan seperti Adobe Photoshop, Adobe
Illustrator, Audacity dan SketchUp. Pelajar juga
akan menggunakan alatan persembahan seperti
MS Powerpoint dan Prezi untuk menghasilkan
persembahan multimedia bagi projek mini. Pelajar
juga akan didedahkan tentang isu berkaitan dengan
pemampatan data, keselamatan dan teknologi
multimedia semasa.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIB1002
STRUKTUR DATA
Kredit:
5
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
WIX1002 - Asas-Asas Pengaturcaraan
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep-konsep pengabstrakan
data.
2. Mengenalpasti struktur-struktur data asas.
3. Menggunakan struktur data yang sesuai dalam
rekabentuk dan perlaksanaan aplikasi.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memperkenalkan konsep pengabstrakan
dalam penyelesaian masalah. Struktur-struktur data
asas seperti senarai berpaut, tindanan, giliran dan
pepohon perduaan adalah dijelaskan secara
terperinci. Kursus ini menegaskan perlaksanaan
struktur-struktur data dalam pengaturcaraan untuk
menyelesaikan masalah dunia yang sebenar.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIB1003
RANGKAIAN DAN KOMUNIKASI DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Mengenalpasti komponen utama dalam sistem
komunikasi multimedia.
2. Membincangkan
penggunaan
rangkaian
berkelajuan tinggi bagi memindahkan fail
multimedia, dan trafik masa sebenar.
3. Menentukan jenis rangkaian yang berkualiti
yang sesuai untuk aplikasi multimedia tertentu.
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini merangkumi topik-topik berikut: Sistem
komunikasi
multimedia;
Perwakilan
isyarat
multimedia; Video; Bunyi; Pengekodan Teori;
Rangkaian Multimedia; Keselamatan Multimedia.
Kaedah Penilaian
Penilaian Berterusan: 50%
Peperiksaan Akhir: 50%
WIB2001
PANGKALAN DATA
Kredit:
3
Prasyarat/Keperluan Minimum Kursus:
Tiada
Bahasa Pengantar:
Bahasa Inggeris
Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan konsep-konsep asas dalam
pangkalan data.
2. Mengenalpasti sistem pengurusan pangkalan
data (DBMS).
3. Membina satu sistem pangkalan data untuk
sebuah aplikasi atau perniagaan kecil.
4. Melaksanakan
sistem
pangkalan
data
menggunakan sebuah sistem pengurusan
pangkalan data (DBMS).
Sinopsis Kandungan Kursus
Kursus ini memperkenalkan konsep-konsep sistem
berasaskan fail vs sistem pengurusan pangkalan
data (DBMS). Ianya memberi pelajar pengetahuan
mengenai senibina pangkalan data, model, dan
proses-proses yang perlu bagi mengguna,
merekabentuk, dan melaksanakan sistem dan
aplikasi pangkalan data. Pelajar akan mendapat
sesi amali untuk menggunakan DBMS dan menulis
arahan SQL. Aplikasi pangkalan data akan
dibangunkan berdasarkan kajian kes. Topik-topik
pengurusan transaksi dan lain-lain isu berkaitan